Menanti kelahiran anak ketiga, Aaron Kwok sanggup ambil cuti sebulan, belanja lebih RM1 juta mewahkan isteri selepas bersalin


  • Bonda
  • Selasa, 30 Sep 2025

Aaron Kwok dan Moka Fang bakal menimang cahaya mata ketiga.

MENJELANG kelahiran cahaya mata ketiga, rumah tangga penyanyi dan pelakon tersohor Hong Kong, Aaron Kwok kembali mencuri perhatian apabila isterinya, Moka Fang memilih pusat penjagaan pascapersalinan mewah di Hong Kong yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Menurut laporan portal Dimsum Daily, model berusia 38 tahun itu dijangka melahirkan bayi lelaki pada Oktober ini. 

Pasangan romantis tersebut sebelum ini sudah pun dikurniakan dua anak perempuan iaitu Chantelle, 8, dan Charlotte, 6.

BACA LAGI: Belum kering air mata, ibu mentua minta tinggalkan rumah, inilah 5 realiti kesengsaraan isteri selepas kematian suami

BACA LAGI: Ibu iri hati anak sendiri, halang berkahwin walau usia 30-an, padahal si anak gigih tanggung adik-beradik, bapa tiri

Fang difahamkan baru-baru ini meninjau fasiliti di sebuah pusat penjagaan pascapersalinan bertaraf lima bintang, Saint Bella Maternity and Baby Care Centre yang terletak di Hong Kong. 

Aaron Kwok difahamkan juga menempah pakej eksklusif Queen untuk tempoh 56 hari, dengan kos sekitar RM1.08 juta (HK$2 juta).

Pakej itu menawarkan layanan mewah ala hotel atau villa peribadi, lengkap dengan penjagaan rapi 24 jam untuk ibu dan bayi, sekali gus menjamin pengalaman berpantang yang penuh keselesaan.

Sikap Aaron yang sentiasa mengutamakan isterinya sudah diketahui umum.

Malah, bintang bergelar Heavenly King itu sanggup memperuntukkan cuti sebulan penuh pada Oktober bagi memberi tumpuan menjaga Fang.

Tindakan tersebut dilakukan meskipun jadualnya padat dengan konsert jelajah dunia dan projek filem, termasuk acara Hong Kong Film Gala Presentation 2025 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Fang masih aktif sebagai personaliti media sosial, sering berkongsi kandungan gaya hidup serta tip kecantikan.

Terbaharu, beliau memuat naik vlog rutin penjagaan kulit wajahnya yang mendapat perhatian pengikut setia.

Dengan persiapan serba mewah dan sokongan penuh sang suami, kelahiran cahaya mata lelaki pertama keluarga ini pastinya menjadi detik paling dinanti-nantikan peminat pasangan selebriti terkenal itu.  — The Star/THE ENTERTAINMENT TEAM

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram