
SEORANG pelajar ijazah sarjana muda di China menjadi tular selepas penguji beberapa kali memintanya menanggalkan solekan ketika menghadiri ujian penyiaran hanya untuk mendapati wajah cantiknya adalah semula jadi.
Malah, perkara itu turut disahkan apabila gambar zaman kecilnya tersebar di internet.
Pelajar di Universiti Komunikasi China (CUC) di Beijing, Hu Xinyi menjadi perhatian pada Januari lalu selepas menghadiri Peperiksaan Kemasukan Seni bagi kolej di ibu negara itu.
BACA LAGI: Kerajaan 'hapus' internet, wanita di Afghanistan hilang masa depan, putus hubungan dunia luar
BACA LAGI: Isteri kecewa suami nekad berhenti kerja tetap alasan nak jadi pemandu e-hailing
Walaupun diuji dengan gangguan semasa peperiksaan, Hu tetap cemerlang apabila meraih markah tertinggi di Beijing, sekali gus menduduki tempat pertama dalam peperiksaan. — Agensi
Walaupun hadir tanpa sebarang solekan, raut wajahnya yang sangat cantik membuatkan penguji mengesyaki bahawa beliau bersolek, sehingga lima kali diminta mengelap mukanya.
Seorang penguji malah menarik bulu matanya untuk memastikan ia asli.
Kejadian itu mencetuskan perdebatan hangat dalam talian dengan ramai yang meragui kecantikan semula jadinya.
Warga maya meninggalkan komen seolah-olah meragui kecantikan natural beliau.
Meskipun diganggu dengan soalan-soalan sebegitu, Hu tetap berjaya mendapat markah tertinggi di Beijing untuk peperiksaan Penyiaran dan Pengacaraan dengan 274 mata.
Beliau juga lulus peperiksaan profesional CUC dengan markah 83.07, sekali gus menduduki tempat ke-17 di peringkat nasional.
CUC dikenali sebagai institusi terulung dalam bidang penyiaran dan media di China, yang telah melahirkan ramai pengacara televisyen terkenal negara itu.
Gambar zaman kecil Hu yang baru tersebar menunjukkan ciri wajahnya sejak kecil sudah cantik. — Agensi
Pada 13 September lalu, Hu berkongsi gambar majlis pembukaan universiti tersebut, mengumumkan secara rasmi pendaftarannya.
"Saya sayang CUC dan CUC sayang saya! Semua orang di sini sangat mesra dan berbakat," tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam menghadapi perhatian orang ramai, Hu menegaskan bahawa pelajar itu tidak pernah menjalani sebarang pembedahan kosmetik.
Di akaun Douyin miliknya yang kini mempunyai lebih 400,000 pengikut, beliau menulis di profil 'Saya mahu jadi macam kek yang dibuat dengan sempurna. Saya tak pernah buat pembedahan, sungguh, tolong berhenti bertanya'.
Baru-baru ini, gambar zaman kecil Hu muncul di internet, menunjukkan ciri wajahnya sejak dulu memang halus, kelopak mata kembar, wajah kecil dan hidung yang tinggi.
Foto-foto itu mendapat pujian dan sokongan ramai warga maya yang mengagumi kecantikan aslinya.
Mengulas komen negatif dalam talian yang pernah diterimanya, beliau mengakui berdepan kesukaran tidur malam.
Namun, situasi yang terjadi baru-baru ini dianggap sebagai proses kematangan yang membentuk dirinya dan akan terus menjadi kekuatan dalam setiap langkah serta tutur katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram