
KHABAR angin mengenai status perkahwinan ahli kumpulan Dolla, Sabronzo yang sebelum ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat, akhirnya terjawab.
Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli memuat naik gambar rasmi perkahwinannya di laman sosial beliau pada Isnin, sekali gus mengesahkan beliau kini sah bergelar isteri kepada penggubah muzik terkenal dari Belanda, DJ Dash Berlin.
Hantaran tersebut memaparkan wanita berusia 30 tahun itu dalam persalinan pengantin serba putih, manakala Dash tampil dengan sut klasik.
BACA LAGI: Tak sanggup tengok badan makin susut, wanita tetap masak makanan untuk bekas suami
BACA LAGI: Utamakan keseimbangan hidup, Qatar kurangkan waktu bekerja ibu, boleh pulang 2 jam awal
Sejak beberapa hari lalu, warga maya sibuk menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai status perkahwinan Sabronzo selepas tersebar beberapa gambar dan video yang memaparkan seorang wanita dikatakan mirip beliau sedang melangsungkan majlis perkahwinan.
Majlis perkahwinan tersebut didakwa berlangsung di Bali, Indonesia.
Ahad lepas pula, tular satu lagi video menunjukkan Sabronzo bersama Dash di sebuah lapangan terbang antarabangsa.
Dalam video itu, Sabronzo yang mengenakan baju berona kelabu berserta topi dilihat menarik luggage sambil berjalan di sisi Dash, diiringi beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga deejay terkenal itu.
Rakaman tersebut sekali gus menguatkan lagi desas-desus bahawa mereka sudah sah bergelar suami isteri.
Kini, dengan pengumuman rasmi tersebut, tanda tanya itu terjawab sepenuhnya.
Meskipun memegang status sebagai selebriti, Sabronzo dan Dash dilihat berjaya mengekalkan privasi mereka sepanjang tempoh persiapan perkahwinan, sekali gus mengujakan peminat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram