DULI Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Ahad berkenan berangkat ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi menziarahi jenazah bonda mertua Baginda, Allahyarham Hajah Esah Tahar.
Turut mengiringi Baginda ialah DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang kehilangan bonda tersayang pada usia 82 tahun.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.15 pagi di sebuah hospital pakar di Damansara, Petaling Jaya, Selangor akibat sakit tua.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Pemergian Allahyarham Hajah Esah amat dirasai khususnya oleh keluarga terdekat," kata kenyataan Selangor Royal Official.
BACA LAGI: Selepas 2 tahun menyulam cinta, Selena Gomez dan Benny Blanco akhirnya disatukan
BACA LAGI: Isteri lulusan PhD, suami hanya SPM, pasangan kongsi 'resipi' bahagia walau beza pendidikan
Allahyarham yang kelahiran Klang meninggalkan tiga orang anakanda, dengan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin sebagai anakanda bongsu.
Jenazah kemudian disemadikan di Makam Diraja Shah Alam, bersebelahan pusara suami, Allahyarham Haji Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia pada 2021. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
