[VIDEO] 'Bukan cinta yang hilang, tapi persahabatan', Bonda Umirah kongsi punca rumah tangga hambar, pasangan tawar hati


  • Cinta
  • Sabtu, 27 Sep 2025

Bagi Umirah (gambar kecil), hubungan rumah tangga boleh jadi hambar apabila nilai persahabatan hilang. — Gambar hiasan/Janaan AI

HUBUNGAN suami isteri yang hambar sering dianggap berpunca daripada hilangnya cinta, sedangkan puncanya lebih mendalam iaitu kurangnya nilai persahabatan dalam perkahwinan.

Usahawan, penulisan dan kaunselor, Umirah Mohd Taib atau lebih dikenali sebagai Bonda Umirah Taib berkongsi pandangan mengenai punca sebenar hubungan rumah tangga menjadi hambar.

Menurutnya, perkahwinan yang tawar hati bukanlah kerana cinta hilang, sebaliknya kerana kurangnya nilai persahabatan antara suami dan isteri.

BACA LAGI: [VIDEO] Enggan 'bergantung' status pempengaruh semata, Sally Whoo makin serius perkukuh jenama kosmetik sendiri

BACA LAGI: Tak mudah jadi diri sendiri, perlu konsisten, CEO Santan dedah realiti galas tanggungjawab 'tonggak' syarikat

Beliau menjelaskan bahawa ramai pasangan lebih menekankan usaha untuk menyemarakkan cinta, tetapi kurang memberi perhatian kepada aspek persahabatan.

"Ramai di antara kita sebenarnya fokus kepada untuk menyemarakkan cinta dalam rumah tangga. Tetapi tak ramai yang fokus untuk memperbaiki persahabatan," katanya.

Beliau menambah, persahabatan dalam perkahwinan menjadikan pasangan lebih selesa untuk berterus terang dan menjadi diri sendiri.

Malah, mereka juga akan merasa kehilangan jika berjauhan terlalu lama.

"Suami isteri yang bersahabat, mereka adalah satu entiti yang bebas untuk tegur-menegur. Mereka bebas untuk menjadi diri sendiri," jelas ibu kepada tujuh orang anak itu.

Beliau turut menekankan kepentingan kejujuran dalam komunikasi serta sikap saling bergantung bagi mengekalkan kebersamaan.

"Jadi, usahakanlah komunikasi yang telus dan juga usahakanlah ketelusan yang membuatkan kalian selesa bersama sendiri," katanya lagi.

Namun, beliau mengingatkan bahawa usaha memperbaiki persahabatan dalam rumah tangga memerlukan masa, sama ada beberapa bulan atau bertahun-tahun.

Umirah menutup pesanan dengan harapan agar semua pasangan suami isteri dapat menjadi sahabat baik, agar rasa cinta subur berkekalan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram