Gosip bersama pasangan adalah ‘bahasa cinta' menguatkan hubungan suami isteri, rahsia 'curhat' lebih selamat


  • Cinta
  • Jumaat, 26 Sep 2025

Saat paling manis kadang datang daripada cerita-cerita kecil yang dikongsi bersama. — Gambar Hiasan

SIAPA sangka, sikap suka bergosip yang sering dianggap tidak berfaedah sebenarnya boleh menjadi rahsia untuk mengekalkan cinta antara suami dan isteri.

Kajian terbaharu mendapati bahawa pasangan yang gemar berkongsi gosip bersama bukan sahaja lebih rapat, malah menikmati rumah tangga dengan lebih mendalam.

Penyelidik dari University of California, Riverside (UC Riverside) mendedahkan, gosip berfungsi sebagai jambatan emosi yang menguatkan rasa percaya, kebersamaan dan kasih sayang dalam hubungan. 

BACA LAGI: [VIDEO] 'Di luar negara dah popular', graduan USM abadi momen indah majlis perkahwinan, lukis secara 'live'

BACA LAGI: [VIDEO] Lukisan inai Maisarah penyeri tangan pengantin, motif flora simbolik mekarnya cinta rai hari bahagia

Kadang-kadang, gosip manja berdua lebih bermakna daripada kata-kata indah. — Gambar hiasan

Pasangan yang gemar bergosip dilaporkan mempunyai tahap kepuasan dan kebahagiaan rumah tangga yang lebih tinggi berbanding mereka yang jarang melakukannya.

Kajian ini dijalankan menggunakan peranti rakaman mudah alih Electronically Activated Recorder (EAR) bagi memantau perbualan harian pasangan. 

Hasilnya, aktiviti gosip bersama terbukti mampu mencetuskan rasa dekat dan mesra antara suami isteri.

Gosip jadi bahasa cinta kecil

Menurut penulis utama kajian, Chandler Spahr, gosip adalah tingkah laku semula jadi manusia yang sukar dipisahkan daripada kehidupan seharian. 

Hampir semua orang melakukannya walaupun tidak mengakuinya.

Apabila dilakukan bersama pasangan, ia berubah menjadi 'bahasa cinta' yang membina keintiman emosi.

Penyelidik bersama, Megan Robbins menjelaskan bahawa selepas menghadiri sesuatu majlis sosial, pasangan biasanya akan berkongsi pandangan mereka tentang individu yang ditemui.

Bergosip bersama pasangan sering bertukar menjadi bahasa cinta yang mengeratkan rumah tangga. — Gambar hiasan

Walaupun kelihatan remeh, perbualan ringan ini menjadikan pasangan lebih rapat kerana mempunyai rahsia kecil yang hanya diketahui berdua.

Ia akhirnya menambah rasa percaya, meningkatkan koneksi emosi dan meneguhkan keyakinan bahawa pasangan benar-benar memahami antara satu sama lain.

Eratkan keintiman sosial

Selain daripada keintiman emosi, gosip juga menguatkan keintiman sosial. 

Jika keintiman emosi melibatkan perasaan dan reaksi dalaman, keintiman sosial pula berkait dengan cara pasangan menavigasi dunia bersama.

Dengan berkongsi pandangan ringan atau komen kecil tentang persekitaran, pasangan membina cara pandang unik yang hanya mereka berdua fahami. 

Inilah yang menjadikan hubungan lebih erat dan terasa seolah-olah mereka bergerak seiring dalam kehidupan seharian.

Rahsia bahagia, pelepas stres

Kajian turut mendapati gosip sama ada positif, negatif ataupun neutral tetap membawa manfaat. 

Apa yang lebih penting ialah proses berkongsi pandangan, mendengar reaksi pasangan dan melepaskan tekanan harian. 

Ia menjadi cara semula jadi untuk menenangkan emosi serta menyuburkan rasa bahagia.

Patahkan persepsi negatif

Tanggapan bahawa hanya wanita gemar bergosip atau ia amalan golongan berstatus rendah adalah tidak benar. 

Gosip ialah tabiat universal, perkara itu dilakukan oleh semua orang tanpa mengira jantina mahupun kedudukan sosial.

Dalam konteks rumah tangga, gosip bukanlah penghalang, sebaliknya mampu menjadi ramuan kecil yang mempermanis ikatan cinta suami isteri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram