
DUKA mendalam masih dirasai keluarga pengacara dan pelawak Indonesia, Mpok Alpa atau nama sebenarnya Nina Carolina selepas pemergiannya pada 15 Ogos lalu.
Air mata sebak tidak dapat ditahan oleh anak sulung Mpok Alpa, Sherly ketika mengenang ibunya yang kini tiada lagi.
Sherly meluahkan perasaan bahawa dirinya kini perlu memainkan peranan berbeza, bukan sahaja sebagai anak, tetapi juga sebagai pengganti ibu buat adik-adiknya.
Arwah Mpok Alpa bersama suami dan tiga orang anak mereka. — Instagram/@nina_mpokalpa
Dalam satu temu bual bersama agensi, Sherly yang ditemani bapanya, Aji Darmaji berkongsi cerita tersebut.
"Ya, kadang-kadang adik-adik suka meragam di rumah. Jadi saya rasa sekarang saya yang ganti Mama," katanya sambil menahan sebak.
Sherly turut menceritakan caranya melepaskan rindu kepada arwah, iaitu dengan meluangkan masa melihat barang-barang peninggalan ibunya.
"Selalunya macam baju, beg," jelas Sherly ketika ditanya mengenai barangan yang disimpan daripada mendiang ibunya.
Bukan itu sahaja, Sherly juga menyimpan bantal peluk kesayangan Mpok Alpa di biliknya.
Bantal peluk itu menjadi peneman setiap kali beliau ingin merasakan kehadiran arwah ibunya.
"Kadang-kadang saya juga pergi ke pusara," tambahnya lagi, menceritakan usaha lain untuk mendekatkan diri dengan ibunya.
Kini, Sherly sedang menumpukan perhatian kepada pengajian di peringkat universiti dan menyimpan cita-cita besar untuk membanggakan keluarga serta orang di sekelilingnya.
Sekadar info, Mpok Alpa meninggal dunia pada usia 38 tahun akibat kanser dan meninggalkan empat orang anak termasuk bayi kembar yang kini berusia hampir setahun.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram