Fotografi praperkahwinan indah di dasar laut, beraksi, menari sambil 'ditemani' ikan sardin, terumbung karang


  • Cinta
  • Selasa, 23 Sep 2025

Pasangan ini mencuri perhatian apabila memilih fotografi prewedding di dasar laut di Pulau Panglao, Bohol, Filipina.

BAGI pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga kini sesi fotografi praperkahwinan bukan lagi sekadar gambar romantik di taman atau tepi pantai. 

Ada yang memilih kelainan dan keunikan menyelam ke dasar laut demi mengabadikan baik foto mahupun video cinta dengan cara unik seolah-olah simbolik sedalam itulah kasih sayang terhadap pasangan. 

Berikut dua pasangan yang pernah mencuri perhatian dengan konsep pre-wedding di bawah dasar laut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Di luar negara dah popular', graduan USM abadi momen indah majlis perkahwinan, lukis secara 'live'

BACA LAGI: Raja Muda Selangor, Afzaa Fadini bakal menikah 2 Oktober ini, kenali pilihan hati Tengku Amir Shah

Sepasang pengantin yang memilih untuk melakukan sesi praperkahwinan di dasar laut. 

1. Pasangan snorkeling bersama ikan sardin

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sepasang pengantin yang memilih untuk melakukan sesi praperkahwinan di dasar laut, Pulau Panglao, Bohol, Filipina.

Mereka dilihat snorkeling bersama ribuan ikan sardin yang berenang membentuk formasi indah seakan awan.

Dalam gambar yang dimuat naik ke Instagram, pasangan itu mengenakan busana putih bertema perkahwinan iaitu si lelaki segak berbaju kemeja putih dengan seluar hitam, manakala si wanita tampil berani dengan bikini putih lengkap bersama veil pengantin pada kepala.

Aksi mereka di dalam lautan biru luas kelihatan seolah-olah sedang menari sambil berpimpin tangan.

Kehadiran ribuan ikan sardin yang mengelilingi mereka menambahkan suasana romantis dan magis sehingga menjadikan momen ini antara pre-wedding paling unik pernah dikongsikan.

Rachel tampil mempesona dengan gaun pengantin berhias 6,000 kristal Swarovski dan pasangan ini memilih tema ikan duyung dan dasar laut untuk majlis mereka yang berlangsung pada 2019.

2. Pasangan Singapura gayakan gaun 6,000 kristal swarovski

Sementara itu, pasangan Singapura, Rachel Wee dan Ken Chen turut menjadi tumpuan selepas meraikan majlis perkahwinan bertemakan bawah laut.

Rachel tampil mempesona dengan gaun pengantin berhias 6,000 kristal Swarovski, sementara konsep duyung (mermaid) dipilih sebagai tema utama acara. 

Perjalanan cinta mereka turut dipaparkan dalam sebuah episod khas di saluran Channel 5.

Selain sesi fotografi praperkahwinan bawah laut, majlis mereka turut diserikan dengan pelbagai sentuhan laut dalam sehingga menjadikan ia antara perkahwinan paling lavish pernah dipertontonkan.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram