Dinobatkan pelajar terbaik Sarjana Kejuruteraan University of Manchester, bekas pelajar Kolej MARA Banting buat ramai bangga


  • Sukses
  • Selasa, 23 Sep 2025

Nama Iman Mohamad Afif kini tercatat sebagai antara anak muda Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. 

NAMA Iman Mohamad Afif kini tercatat sebagai antara anak muda Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. 

Pelajar tajaan MARA itu dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi Sarjana Kejuruteraan Kimia dengan Tenaga dan Alam Sekitar (Master Of Engineering In Chemical Engineering With Energy And Environment) di University of Manchester, United Kingdom.

Kejayaan tersebut diumumkan oleh Pejabat MARA London dan Ireland melalui kenyataan rasmi, yang menyifatkan pencapaian Iman sebagai satu sejarah membanggakan di universiti terkemuka dunia itu.

BACA LAGI: Fotografi praperkahwinan indah di dasar laut, beraksi, menari sambil 'ditemani' ikan sardin, terumbung karang

BACA LAGI: [VIDEO] Tak ganggu aktiviti harian, pempengaruh kongsi pengalaman tanggal, pasang implanon

Selain meraih Kepujian Kelas Pertama, bekas pelajar Kolej MARA Banting itu turut menjuarai Pertandingan Debat Intelektual Manchester kategori bahasa Inggeris 2024.

“Iman membuktikan bahawa kecemerlangan akademik boleh digabungkan dengan penglibatan aktif dalam aktiviti kampus. 

"Dedikasi, disiplin dan semangat juang beliau menjadi inspirasi generasi muda bahawa tiada impian mustahil dicapai,” jelas kenyataan tersebut.

Kolej MARA Banting Selangor dalam satu hantaran di Facebook turut mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau. 

"Semoga saudari Iman Mohamad Afif terus gemilang dan cemerlang dalam kerjaya yang diceburi dan menyumbang ilmu dan pengalaman kepada agama, bangsa dan negara," katanya. 

University of Manchester bukanlah sebuah institusi sebarangan.

Universiti itu diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia iaitu berada di kedudukan keenam di UK dan ke-46 global berdasarkan Academic Ranking of World Universities (ARWU) 2025. 

Menurut Times Higher Education Impact Rankings, ia juga menduduki tempat kedua dunia dari segi komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

Selain itu, universiti berprestij tersebut kini berada di tangga ke-34 dunia serta keenam di UK dalam senarai QS World University Rankings 2025. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram