[VIDEO] Pekerja binaan enggan duduk di kerusi, baju berlumpur, pemandu bas wanita 'pujuk' tak perlu rasa malu


  • Cinta
  • Jumaat, 19 Sep 2025

Tindakan mulia seorang pemandu bas wanita di Qingdao, Shandong, China membuat ramai berasa kagum.

TINDAKAN murni seorang pemandu bas wanita di Qingdao, Shandong, China menjadi bualan selepas videonya melayan seorang pekerja binaan tular di media sosial.

Dalam rakaman berkenaan, pekerja binaan itu dilihat enggan duduk di kerusi bas kerana bimbang akan kotor berikutan pakaiannya dipenuhi lumpur. 

Sebaliknya, memilih duduk di lantai bersebelahan kerusi penumpang.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Di luar negara dah popular', graduan USM abadi momen indah majlis perkahwinan, lukis secara 'live'

BACA LAGI: [VIDEO] Lukisan inai Maisarah penyeri tangan pengantin, motif flora simbolik mekarnya cinta rai hari bahagia

Melihat keadaan itu, pemandu bas terbabit segera menegur dengan sopan sambil menunjukkan tempat duduk kosong. 

Beliau turut menghulurkan roti dan yogurt kepada lelaki tersebut sambil berkata, “tiada malu dalam kerja keras hanya ada rasa bangga.”

Beberapa hari kemudian, pekerja binaan berkenaan kembali menaiki bas sama dengan membawa sepucuk surat ucapan terima kasih. 

Dalam surat itu, beliau menulis rasa terharu kerana diberikan layanan mesra walaupun dirinya serba kotor.

“Di tempat asing jauh dari rumah, awak memberi saya kehangatan seperti keluarga.

"Awak membuat saya percaya kerja keras adalah suatu kebanggaan,” tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram