MAS catat sejarah lancar operasi penerbangan dikendalikan pasukan wanita, dari jurutera hingga ke juruterbang


  • Sukses
  • Khamis, 18 Sep 2025

Segala operasi penerbangan yang dikendalikan oleh kakitangan wanita. — MAS

SYARIKAT penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAS) mencatat sejarah apabila pertama kali mengendalikan penerbangan MH2610 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah bersama pasukan wanita bermula Rabu.

Penerbangan itu juga meliputi setiap aspek operasi dari darat hingga ke udara.

Kesemua operasi turut dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga kerja wanita termasuk pendaftaran masuk, jurutera, pegawai keselamatan, kru kabin serta juruterbang.

BACA LAGI: Henti 'body shaming' adik-beradik, jangan guna alasan bergurau!

BACA LAGI: Pernah dihina kawan, wanita kampung kini usahawan berjaya, bina empayar produk kecantikan seluruh Indonesia

Penerbangan yang dikendalikan oleh seluruh tenaga kerja wanita. — MAS

Ia sekali gus menonjolkan kecekapan, kepakaran dan kepimpinan wanita dalam bidang penerbangan.

Berdasarkan kenyataan dikongsikan di Facebook baru-baru ini, Malaysia Aviation Group (MAG) kini mempunyai 36 peratus tenaga kerja wanita, secara tidak langsung melepasi sasaran yang ditetapkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) iaitu 25 peratus penglibatan wanita dalam industri menjelang 2025.

"Pencapaian ini bukan sahaja menzahirkan kemajuan, malah menjadi simbol bahawa langit tiada batasan," katanya.

MAS pada masa sama berharap pencapaian tersebut akan menjadi inspirasi kepada seluruh generasi akan datang untuk terus mempunyai impian besar dan berani melangkah dalam dunia penerbangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram