Gaji pengasuh anak hartawan di India, Isha Ambani cecah RM14,000 sebulan, siap taska mewah di rumah untuk anak kembar


  • Bonda
  • Rabu, 17 Sep 2025

Gaya hidup mewah yang ditonjolkan Isha dalam menjaga kebajikan anak kembarnya. — Agensi

ANAK perempuan ahli perniagaan jutawan terkenal di India, Isha Ambani mencuri tumpuan ramai selepas mendedahkan gaya hidup mewahnya bersama keluarga tercinta baru-baru ini.

Isha yang turut digelar puteri 'crazy rich India' itu dikatakan mengupah dua pengasuh warga asing untuk menjaga anak kembarnya, Aadiya dan Krishna.

Lebih mengejutkan apabila kedua-dua pengasuh tersebut dibayar lebih tinggi daripada gaji doktor dan jurutera di India.

BACA LAGI: Aneka gaya rai Hari Malaysia, anak muda melaram jadi pahlawan Melayu, Minangkabau

BACA LAGI: Minat aroma, siapa sangkat pengusaha durian kini pengasas jenama minyak wangi terkenal Indonesia

Pengasuh yang diupah untuk menjaga anak kembarnya. — Agensi

Pengasuh berkenaan dikatakan diberikan gaji sekitar RM14,000 (300,000 lakh) setiap bulan.

Bukan itu sahaja, berdasarkan laporan agensi, Isha dan suaminya, Anand Piramal menyediakan ruang khas seperti taska di rumahnya.

Taska tersebut juga dilengkapi dengan pelbagai fasiliti bertaraf tinggi termasuk katil berserta bumbung automatik bagi memastikan cahaya matahari mencukup demi kesihatan si kecil.

Rekaannya merupakan hasil sentuhan syarikat seni bina, Perkins & Will yang berpangkalan di Chicago, Amerika Syarikat (AS).

Tidak cukup dengan itu, nurseri berkenaan turut menempatkan koleksi pakaian daripada jenama fesyen ternama seperti Gucci, Dolce & Gabbana dan Loro Piana.

Malah, si kembar juga mempunyai kereta mainan dengan kerusi khas yang direka oleh jenama automotif mewah, BMW.

Untuk rekod, pasangan yang berkahwin pada 2018 itu pulang dari Los Angeles, AS, ke Mumbai, India, 24 Disember lalu menaiki pesawat khas Qatar.

Isha (kiri) dan Anand mendirikan rumah tangga sejak 2018. — Agensi

Isha merupakan anak kepada jutawan, Mukesh Ambani dilahirkan pada 23 Oktober 1991 dalam keluarga menganut agama Hindu Gujarati yang berpengaruh.

Bapanya pula Pengerusi Reliance Industries, syarikat terbesar India dengan nilai bersih sekitar RM385 juta (AS$92 juta) pada Disember 2023. 

Isha mendapat pendidikan awal di sekolah berprestij di Mumbai sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Yale, AS serta memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam psikologi dan sains politik.

Selepas tamat pengajian, Isha menyertai syarikat keluarganya, menimba pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk peruncitan dan telekomunikasi serta terlibat dalam pengurusan pasukan kriket Mumbai Indians.

Isha menjadi perbualan ramai apabila aktif dalam program sosial dan komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat India. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram