Awal-awal bakal suami dah tunjuk sikap berkira, wanita terus batal majlis kahwin, tak kesal kemudian hari


  • Cinta
  • Khamis, 18 Sep 2025

Amat penting menilai sikap seseorang sebelum melangkah ke alam perkahwinan kerana setiap pasangan mengimpikan rumah tangga kekal hingga hujung nyawa. — Gambar hiasan/Freepik

SIKAP berkira bakal suami bertegas hanya mahu menyediakan nafkah asas tanpa sebarang pemberian wang kepada isteri menjadi sebab utama seorang wanita nekad membatalkan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung baru-baru ini.

Kisah itu dikongsi seorang pengguna Threads, Wawa Helin yang memuji tindakan anak saudaranya kerana berani membuat keputusan besar sebelum menyesal kemudian hari.

“Bakal suami cakap hanya akan sediakan nafkah yang wajib dalam Islam. Duit dia tak nak bagi sebab katanya tak wajib. Dia pegawai kerajaan, anak buah saya pula kerja kerajaan biasa.

"Saya tepuk bahu anak buah saya dan ucap syabas,” katanya.

BACA LAGI: 'Doktor gagal kesan denyutan jantung twin A, twin B berpusing dalam rahim', ibu kongsi detik cemas ketika bersalin kembar

BACA LAGI: 'Bukan setakat kursus kahwin saja, fahami ilmu faraid, hibah', ADUN Duyong dedah kes dialami wanita selepas kematian suami

Menurut Wawa, anak saudaranya itu dibesarkan dalam keluarga berpecah-belah selepas ibu bapa bercerai yang menjadikannya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

Tambahan pula, beberapa tanda red flag lain turut muncul sebelum majlis berlangsung.

Rasa ihsan dan tolenrasi penting dalam rumah tangga. — Gambar Hiasan

Pendedahan itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, yang rata-rata menyokong keputusan wanita berkenaan.

Ramai berpendapat keputusan tersebut wajar kerana isu sebenar bukan sekadar soal wang, sebaliknya sikap bakal suami yang dianggap terlalu berkira. 

“Masalahnya bukan duit, tetapi sikap. Dalam perkahwinan, kedua-dua pihak perlu saling bertolak ansur. Kalau sejak awal sudah tunjuk begini, sampai bila boleh bertahan?” kata seorang pengguna, Husnul Khotimah Misran.

Pandangan sama turut dikongsi oleh Pemikir Gadget yang menegaskan bahawa walaupun pemberian duit kepada isteri bukan nafkah wajib, ia tetap melambangkan rasa tanggungjawab.

“Saya lelaki dan saya tak setuju kalau isteri tak diberi apa-apa. Saya sendiri tanggung semua belanja rumah, tapi tetap sediakan pemberian khas untuk isteri setiap bulan. Itu hak dia," katanya. 

Ihsan jadi kayu ukur rumah tangga

Ramai juga berpendapat, nilai ihsan iaitu belas kasihan dan kesanggupan memberi lebih daripada sekadar yang diwajibkan juga penting terutama kepada pasangan dan keluarga sendiri.

“Kalau suami hanya fikir minimum, itu bukan tanda tanggungjawab, tetapi kurang empati. Rumah tangga bukan sekadar cukup makan pakai. Ia tentang berkongsi rezeki dan saling menyokong,” ujar seorang pengguna, Sabrinaren.

Bagi Nur Atiqah Ibrahim pula, sifat ihsan suami boleh menjadikan rumah tangga lebih harmoni.

“Beras memang wajib beli, tetapi kalau seminggu sekali suami ajak keluarga makan di luar, kecil sahaja tetapi kesannya besar. Bahagia macam itu yang menambah berkat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram