Selain Fattah, Amira, ini 3 selebriti terkenal pilih sentuhan magis Reka Teemor untuk majlis perkahwinan


  • Gaya
  • Selasa, 16 Sep 2025

Neelofa antara selebriti yang memilih Reka Teemor bagi menghias majlis akad nikahnya. — Instagram/@rekateemor

MAJLIS perkahwinan selebriti sering menjadi perhatian, terutama apabila melibatkan perancang perkahwinan mewah terkenal seperti Reka Teemor.

Ditubuhkan pada 2006 oleh pasangan Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz, syarikat tersebut dikenali dengan rekaan kreatif yang menyatukan tradisi dan moden.

Ahad lalu, majlis akad nikah pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman mendapat tumpuan kerana dekorasi mewah hasil sentuhan Reka Teemor.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak kira siapa betul atau salah, jagalah adab lagi-lagi depan anak, beralah lebih baik

BACA LAGI: Taksub pada selebriti satu penyakit? Kajian jawab kaitannya dengan tahap IQ rendah

Namun, pasangan tersebut bukanlah satu-satunya selebriti yang pernah mendapatkan khidmat mereka.

Berikut tiga selebriti lain yang turut memilih Reka Teemor bagi menguruskan momen akad nikah dan majlis resepsi mereka:

1. Mira Filzah & Wan Emir Astar (2020)

Majlis mereka bertemakan Mihrab Cinta yang diinspirasikan daripada bentuk mihrab masjid sebagai simbol kesucian cinta.

Dekorasi serba putih dipadukan dengan lengkungan Gothic-Islamik dan bunga segar bagi mencipta suasana anggun dan suci.

Walaupun majlis diadakan semasa pandemik Covid-19 dengan jemputan terhad, dekorasi ini tetap dipuji ramai kerana keindahannya.

2. Neelofa & Haris Ismail (2021)

Majlis mereka mengangkat tema Jabal Rahmah yang diinspirasikan daripada gunung di Arafah yang melambangkan pertemuan cinta antara Nabi Adam AS dan Hawa.

Difahamkan, pelamin berbentuk seperti gunung kecil itu dihiasi dengan empat tan bunga ros segar.

Persiapan singkat hanya sebulan semasa PKP tetap menghasilkan salah satu karya paling diingati Reka Teemor.

3. Yuna & Adam Sinclair (2018)

Pelamin mereka berkonsepkan “Bohemian Luxe” dengan gabungan warna krim, emas, coklat, putih dan hijau.

Reka bentuk pelamin menonjolkan kerusi takhta putih di tengah, dikelilingi hiasan bunga dan pampas grass yang membentuk lengkungan semula jadi.

Latar belakang pastel bermotif flora digabungkan dengan kristal dan lampu vintage, menghasilkan suasana seperti taman mewah.

Pencahayaan daripada lilin dan spotlight bersama aksesori rotan serta cermin, melengkapkan dekorasi romantis yang moden dan elegan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram