[VIDEO] Rai Hari Malaysia dengan cara berbeza, gadis 22 tahun tampilkan identiti negara pada seni kuku palsu


  • Gaya
  • Selasa, 16 Sep 2025

Leeloo menampilkan rekaan kuku tiruan sempena Hari Malaysia dengan motif ikonik negara. — Instagram/@lawcombe

KREATIVITI seorang gadis berusia 22 tahun mencuri perhatian sempena Hari Malaysia apabila beliau menghasilkan seni hiasan kuku yang diinspirasikan daripada ikon negara.

Leeloo Larcombe yang dikenali dengan gaya Gothic dan Y2K (fesyen awal 2000-an) memuat naik video di Instagram pada Isnin memaparkan set kuku palsu khas menampilkan lima motif utama, iaitu harimau, Jalur Gemilang, bunga raya serta durian.

"Untuk Hari Malaysia, saya hasilkan rekaan kuku khas. Set ini kegemaran saya. Ia diilhamkan oleh ikon Malaysia," jelasnya dalam video berdurasi kira-kira satu minit itu.

BACA LAGI: Terlebih aktiviti 'grounding', risiko bayi tantrum, sukar tidur malam, amal 5 tip agar anak tenang

BACA LAGI: Kenali personaliti ikut warna kegemaran, jangan kerja 'cincai' dengan pencinta rona hitam, ini sebabnya...

Beliau turut menceritakan cabaran ketika melukis Jalur Gemilang pada kuku tersebut.

Menurutnya, proses itu memakan masa kerana perlu menghasilkan 14 jalur dengan teliti selain bintang dan bulan.

"Susah sangat melukis garis lurus 14 kali. Saya rasa penat selepas saya rias kuku," katanya.

Selain itu, Leeloo menambah sentuhan bunga raya sebagai bunga kebangsaan, sementara durian dipilih untuk melengkapkan tema kerana dianggap simbol makanan paling ikonik.

Beliau sempat berkongsi pengalaman peribadi ketika memilih durian sebagai rekaan terakhir.

Katanya, walaupun durian digelar ‘raja segala buah’, beliau sendiri tidak begitu gemar membeli, namun tetap akan menikmatinya jika rakan yang membelikan.

Hantaran berkenaan mendapat reaksi positif daripada pengikutnya yang memuji idea unik tersebut.

Ramai meninggalkan komen menyifatkan Leeloo sebagai seorang yang berbakat dan berjaya mempamerkan identiti negara dengan cara kreatif.

"Suka sangat! Awak memang berbakat," komen @gum.glimmers.

"Melukis bintang pada kuku sekecil itu? Memang hasil tangan seorang masterpiece," ujar @hazerynn.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian daripada warga maya luar negara.

"Rekaan ini sangat cantik," kata @notjustaya dari Australia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram