Nak hidup minimalis, rumah lebih lapang, ini 10 benda anda patut 'stop' beli


  • Hias
  • Ahad, 14 Sep 2025

Hidup lebih tenang apabila berhenti membeli perkara yang tidak perlu.

RAMAI orang rasa nak hidup lebih tenang dan tak nak rumah penuh barang, tapi selalu 'blur' nak mula dari mana.

Minimalis bukan bermaksud rumah kosong macam 'showroom' atau pakai baju warna hitam putih sahaja.

Sebenarnya ia tentang cara hidup lebih sedar apabila mengajar anda apa barangan yang penting untuk disimpan serta dibeli.

BACA LAGI: Ibu 'rosak' peluang latihan industri anak gara-gara permintaan luar biasa

BACA LAGI: [VIDEO] Pilu lihat anak tabur bunga di pusara, momen manis bersama arwah ayah kekal memori terindah

Bila mula buang benda yang tak perlu, hidup jadi lagi lapang.

Duit lebih jimat, rumah tak berselerak, kepala pun rasa ringan.

Minimalis bukan pasal kira berapa helai baju kita ada, tapi tentang buat pilihan bijak supaya masa dan tenaga tak dibazirkan.

Perubahan kecil itu langsung tak menjadikan hidup rasa sempit, malah buat kita rasa lebih bebas.

Ini 10 benda Avery White berhenti membeli yang anda patut cuba jika mahu hidup lebih mudah dan kurang stres:

1. Pakaian trend

"Pernah tengok balik gambar lama dan rasa nak sorok sebab fesyen dulu pelik? Fesyen memang buat kita rasa 'outdated' cepat. Sekarang Avery memilih pakaian 'simple' yang tahan lama seluar jeans klasik, blazer navy dan baju neutral yang boleh 'mix and match' untuk apa-apa sahaja event."

2. Barang berganda

"Dulu saya ada tiga spatula, empat krim muka yang lebih kurang sama, tuala simpanan yang tak pernah pakai. Sekarang saya beli satu sahaja yang betul-betul berkualiti. Tak perlu stok berlebihan."

3. Cenderahati pelancongan

"Dulu balik bercuti mesti beli magnet peti ais, mug atau baju. Akhirnya berhabuk sahaja dekat almari. Sekarang saya bawa balik gambar, catatan dalam jurnal, atau beli benda yang boleh habis guna macam minyak zaitun tempatan atau sabun handmade."

4. Dekorasi bermusim

"Kotak besar penuh hiasan perayaan dulu keluar setahun sekali. Sekarang saya guna bunga segar, daun atau buah bermusim untuk hias rumah. Tak payah simpan dalam stor, rumah tetap nampak meriah."

5. Buku

"Rak buku penuh dulu buat saya rasa bangga, tapi kebanyakan tak pernah disentuh. Sekarang saya pinjam buku dari perpustakaan atau beli e-book. Buku fizikal saya simpan cuma yang betul-betul favourite."

6. Produk penjagaan kulit wajah

"Bilik air dulu penuh serum, krim dan masker mahal tapi hasilnya biasa sahaja. Sekarang rutin saya simple seperti pencuci lembut, pelembap dan sunscreen. Kulit makin okay, poket pun tak koyak."

7. Gajet dapur berlebihan

"Pernah beli spiralizer, pemotong avocado dan macam-macam mesin kecil yang leceh nak cuci. Sekarang cukup dengan pisau yang bagus, papan pemotong, kuali besi dan blender. Masak pun jadi lebih kreatif."

8. Langganan berlebihan

"Dulu ada macam-macam langganan, Netflix, majalah digital, kotak bulanan tapi jarang guna. Sekarang saya kekalkan satu dua yang betul-betul saya guna, yang lain saya batalkan."

9. Dekorasi impulsif

"Masuk IKEA atau kedai hiasan, dulu mesti terbeli bantal hiasan, lilin atau pasu. Sekarang saya rancang dulu kalau nak ubah suai rumah, baru beli. Rumah pun rasa lebih tenang sebab tak serabut."

10. Hadiah

"Dulu musim perayaan stres cari hadiah sampai beli benda ikut suka. Sekarang saya pilih bagi pengalaman, macam makan malam, tiket wayang, atau derma atas nama mereka. Lebih bermakna, tak tambah barang di rumah orang."

Hidup minimalis bukan pasal berkorban atau menyekat diri, tapi tentang buat pilihan yang lebih bijak.

Berhenti beli benda yang tak perlu, hidup jadi ringan, duit lebih jimat dan kita ada masa untuk benda yang betul-betul penting. —Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram