[VIDEO] Suami hadiahkan isteri Honda Civic Type R pada hari konvokesyen simbolik usaha, penat lelah


  • Cinta
  • Khamis, 11 Sep 2025

Suami beri kejutan buat isteri dengan hadiah kereta sempena majlis konvokesyen UiTM Shah Alam.

HARI konvokesyen bukan sekadar meraikan tamatnya pengajian, tetapi juga simbol perjalanan panjang penuh cabaran, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus. 

Bagi seorang graduan, detik itu menjadi lebih bermakna apabila disambut dengan sokongan insan tersayang.

Itulah dialami oleh @queenwrkrnn, apabila majlis konvokesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor bertukar menjadi momen penuh kejutan. 

BACA LAGI: Jangan biar ruang sempit terhadkan kreativiti, pereka dalaman Paris kongsi 3 'rahsia' menghias apartment mini

BACA LAGI: Seni makrame Sinthana, ikatan simpul jadi dekorasi penuh gaya

Suaminya, @syahir_fikri, menghadiahkan sebuah Honda Civic Type R sebagai tanda penghargaan terhadap usaha gigih dan kejayaan isterinya menamatkan pengajian.

Luahnya dengan penuh rasa syukur:

"Alhamdulillah, saya tak mampu berkata apa-apa dan masih terkejut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada suami saya, @syahir_fikri, atas kejutan yang sama sekali tidak saya sangka, sebuah kereta sebagai hadiah konvokesyen saya. 

"Saya bersyukur kerana mempunyai sokongan yang kuat, baik daripada keluarga saya dan keluarga Syahir, yang sentiasa ada memberi semangat sepanjang perjalanan ini. Mustahil saya mampu melakukannya tanpa anda semua."

Kejutan itu jelas bukan sekadar hadiah yang berbentuk 'material'

Ia menjadi simbol kasih sayang seorang suami, serta tanda penghargaan atas segala usaha, penat lelah dan semangat juang isterinya sepanjang bergelar pelajar.

Ia menjadi simbol kasih sayang seorang suami, serta tanda penghargaan atas segala usaha, penat lelah dan semangat juang isterinya sepanjang bergelar pelajar.

Bagi @queenwrkrnn, kejayaan itu tidak mungkin dicapai tanpa doa dan dorongan kedua-dua belah keluarga. 

Hadiah kereta hanya menjadi pelengkap kepada detik bermakna, namun paling berharga adalah sistem sokongan yang sentiasa ada untuk mendorongnya agar tidak berputus asa.

Perkongsian @queenwrkrnn mengingatkan bahawa setiap kejayaan bukanlah hasil usaha individu semata-mata, sebaliknya hadir daripada doa, dorongan dan cinta insan-insan di sekeliling. 

Hadiah mungkin menjadi lambang, tetapi sokongan dan kasih sayang yang ikhlas adalah anugerah paling besar dalam perjalanan kehidupan lebih-lebih lagi apabila anda bergelar seorang pelajar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram