Tak sampai 30 saat, ibu anak 2 pecah rekod dunia lari 'berkaki ayam' 100 meter atas trek mainan Lego


  • Sukses
  • Isnin, 08 Sep 2025

Gabrielle berjaya mencabar dirinya untuk menghabiskan acara larian unik 100 meter. — Agensi

SEORANG wanita dari New Zealand berjaya mencatat sejarah selepas memecahkan rekod dunia dengan berlari sejauh 100 meter (m) di atas trek yang dipenuhi bongkah mainan Lego tanpa memakai kasut.

Berdasarkan laporan agensi, Gabrielle Wall menerima pengiktirafan Guinness World of Records (GWR) sebagai pelari terpantas untuk kategori tersebut dengan catatan masa hanya 24.75 saat pada Januari lalu.

Aksi unik dan berani itu secara tidak langsung kembali tular di media sosial sehingga mendapat lebih 9 juta tontonan.

BACA LAGI: Azhar Sulaiman kesal penampilan pelanggan wanita usia 60-an, baju-T, seluar pendek tanpa pakaian dalam, tak sopan depan kanak-kanak

BACA LAGI: Miliki nilai jualan RM90 juta setahun, ibu tunggal tumpang rezeki anak alergik kacang, tenusu

Menurut ibu kepada dua anak itu, pengalaman tersebut bagaimanapun merupakan antara perkara yang ingin dilakukan yang ditulis dalam senarai hidupnya.

Keinginan tersebut muncul selepas Gabrielle terpaksa berhenti seketika daripada dunia aktif selepas mengalami masalah kesihatan pada 2022.

"Saya bangga kerana berjaya mencabar diri saya ke tahap baharu.

"Ini adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan," ucapnya.

Sementara itu, trek berkenaan ternyata terdiri daripada kira-kira 300 kilogram (kg) bongkah Lego hasil sumbangan sebuah badan amal di New Zealand, Imagination Station yang turut menyediakan kelas pembelajaran berasaskan permainan popular tersebut.

Lego juga kini menjadi antara jenama mainan global yang mula diperkenalkan oleh seorang tukang kayu dari Denmark sejak 1932. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram