[VIDEO] 'Solat 10–15 minit tak jejas kerja', wanita Malaysia di firma audit terkemuka dedah majikan sediakan surau


  • Sukses
  • Rabu, 10 Sep 2025

Iman menunjukan ruangan surau yang disediakan syarikat Deloitte UK untuk memudahkan pekerja menunaikan solat.

SEORANG wanita Malaysia yang bekerja di firma audit terkemuka, Deloitte United Kingdom (UK) berkongsi pengalaman unik mengenai sikap majikannya yang menghormati kepelbagaian agama, termasuk memudahkan pekerja Muslim menunaikan solat di pejabat.

Menerusi satu video di media sosial, wanita itu, Iman Clarke berkata, beliau tersentak apabila membaca kisah seorang pekerja yang mendakwa dihalang oleh majikannya daripada menunaikan solat.

Let me tell you, even mat saleh pun respect waktu solat kita. Saya kerja di Deloitte UK dan saya nak tunjuk surau yang kami ada. Sebenarnya solat hanya ambil masa 10 hingga 15 minit, jadi tak wajar dijadikan isu,” katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas suami meninggal dunia dalam tempoh iddah, bekas isteri layak terima harta pusaka? Ini penjelasan peguam syarie

BACA LAGI:Suami enggan lepas walau sudah lafaz taklik, peguam syarie jelas prosedur perlu isteri lakukan

 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Siaran dikongsi oleh Aidea Big ? (@aideabig)

Beliau menjelaskan, kemudahan yang disediakan di pejabatnya bukan sekadar bilik kosong, sebaliknya sebuah ruang solat lengkap untuk kegunaan semua.

“Ruang solat di pejabat ini siap dengan singki dan tempat wuduk berkerusi, ada sejadah yang mencukupi dan turut disediakan seksyen khas untuk lelaki serta wanita,” jelasnya.

Tambahnya lagi, tindakan menyediakan kemudahan seperti itu jelas membuktikan bahawa majikanya menghormati perbezaan budaya setiap orang.

“Ambil masa 10 atau 15 minit untuk solat waktu rehat tengah hari langsung tidak akan menjejaskan syarikat.

"Yang penting kerja siap, tanggungjawab selesai. Solat tidak pernah mengganggu apa-apa pun, ini soal menghormati hak dan budaya orang lain,” katanya.—Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram