
PELAKON otai, Azhar Sulaiman mencuri perhatian warga maya selepas berkongsi pengalamannya melihat seorang wanita berusia 60-an yang dikatakan berpakaian kurang sesuai di tempat awam.
Menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini, Azhar mengambil pendekatan untuk memberi teguran kepada wanita berkenaan agar tidak menjadi bahan bualan negatif.
Azhar pada masa sama menjelaskan situasi penampilan wanita tersebut ketika sedang bersarapan di sebuah restoran.
BACA LAGI: Miliki nilai jualan RM90 juta setahun, ibu tunggal tumpang rezeki anak alergik kacang, tenusu
BACA LAGI: [VIDEO] Ambil masa 4 tahun ubah dekor rumah konsep ala animasi Ghibli, kumpul gajet 'vintage'
"Adalah kejam dan tidak sesuai untuk seorang wanita Malaysia yang berumur dalam 60-an datang sarapan pagi pakai seluar pendek, t-shirt ketat tanpa pakaian dalam.
"Behar (nama panggilan Azhar) kasihan pada kanak-kanak lelaki dan semua lelaki yang ada di sana.
"Dalam restoran itu ada lebih 40 pelanggan. Semua orang nampak sebab wanita itu berjalan ke sana ke mari.
"Saya rasa pakaian sebegini tidak sesuai, apatah lagi pada waktu pagi di tempat terbuka," tulisnya.
Azhar bagaimanapun menegaskan agar sensitiviti masyarakat terutama di tempat tumpuan umum perlu diambil kira. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram