Gaya karpet merah eksperimental di VMA 2025 jadi tumpuan, Rose Blackpink cipta sejarah artis K-pop pertama menang lagu terbaik


  • Gaya
  • Selasa, 09 Sep 2025

(Dari kiri) Sabrina Carpenter, Rose dan Ciara antara undangan mencuri tumpuan di acara karpet merah VMA MTV pada Ahad. — Agensi

ACARA MTV Video Music Awards (VMA) sekali lagi menjadi pentas bergaya untuk selebriti antarabangsa yang hadir dengan pilihan fesyen berani dan unik.

Glamor dan eksperimental, barisan nama besar seperti Paris Hilton, Ariana Grande, Sabrina Carpenter, Rose Blackpink dan Ciara tampil memukau di karpet merah yang berlangsung di UBS Arena, New York pada Ahad lalu.

Bukan sekadar penampilan, malam itu turut menyaksikan sejarah tercipta apabila salah seorang anggota dari kumpulan K-pop, Blackpink, Rose yang dinobatkan sebagai artis K-pop pertama yang meraih kemenangan kategori Lagu Terbaik menerusi APT.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Cubaan plot twist penyewa dari neraka’, tuan rumah dapat panggilan telefon polis, tak dibenar campur tangan

BACA LAGI: Anak kongsi kisah kasih sayang ibu dan nenek hingga hujung nyawa, meninggal dunia selang sehari

Berikut adalah antara gaya selebriti wanita yang menjadi tumpuan pada acara berkenaan:

 

Rambut FKA Twigs (kiri) didendan seakan 'headphone' manakala Doja Cat membuat gimik 'memakan' gincu sebagai cara mengumumkan dirinya wajah terbaharu jenama kosmetik MAC. — Agensi

Doja Cat

Doja Cat tampil bak ikon glamor era 80-an dengan rambut palsu perang beralun besar dan gaun sulaman corak 'harlequin' rekaan Balmain. Dengan album terbarunya “Vie” yang mengambil inspirasi dari dekad tersebut, penampilan ini ibarat strategi pemasaran yang bijak.

Detik paling tular adalah apabila penyanyi itu mengeluarkan gincu MAC dari beg tangannya yang juga berbentuk gincu, lalu menyapunya di bibir sebelum menggigitnya seolah-olah makanan sebenar. 

Doja Cat diumumkan sebagai wajah baharu bagi jenama kosmetik MAC dan gincu yang 'dimakan' penyanyi tersebut sebenarnya pastri yang dihasilkan oleh cef TikTok terkenal, Amaury Guichon.

FKA Twigs

Bagi penyanyi 'avant-garde' FKA Twigs, memakai fon kepala untuk menutup hiruk-pikuk karpet merah menjadi keunikan penampilannya kali ini. 

Dandanan unik oleh Louis Souvestre, mengembalikan stail rambut “skullet” yang membentuk tocang. Rambut bahagian depan didendan gaya 'cornrows' dengan unjuran 'berduri' di bahagian belakang lantas mencipta sebuah ilusi gaya yang luar biasa.

 

Sabrina Carpenter menggayakan busana dari Valentino. — Agensi

Sabrina Carpenter

Sabrina Carpenter pula mengekalkan imej rambut blonde ikoniknya dengan mengenakan busana merah jarang Valentino yang disulam motif floral.

Penyanyi lagu Feather berkenaan menambah sentuhan nakal dengan boa ungu lembut, memberikan aura glamor ala showgirl. Malam itu, beliau juga membawa pulang tiga anugerah VMA termasuk Best Pop Artist dan Best Album.

Rose tampil dengan busana rekaan Oscar de la Renta. — Agensi

Rose (Blackpink)

Rose memilih rekaan Oscar de la Renta yang berkilau dengan potongan strapless dan perincian fringe panjang.

Gaya minimal tetapi mewah ini menyerlahkan sisi feminin penyanyi kelahiran Korea Selatan itu seiring dengan kejayaannya meraih kemenangan bersejarah di pentas VMA.

Huntr/x

Filem animasi KPop Demon Hunters kini mencatat sejarah sebagai naskah Netflix mencatat tontonan tertinggi, malah lagu 'Golden' turut dicalonkan dalam kategori Song of the Summer di VMA. 

Walaupun watak kumpulan gadis Huntr/x hanya animasi, kemunculan Ejae, Rei Ami dan Audrey Nuna di karpet merah telah menjadi bualan hangat warganet yang obses dengan filem tersebut. 

Mereka adalah barisan penyanyi sebenar yang menjadi suara ahli kumpulan itu. Setiap seorang hadir dengan gaya fesyen ala Huntr/x yang saling melengkapi.

Namun, yang paling mencuri perhatian ialah jaket gebu Audrey Nuna, seolah-olah membawa terus watak Miranya yang pernah memakai 'sleeping bag' ke Met Gala. 

 

Populariti Katseye naik mencanak sejak video kempen Gap mereka tular awal bulan ini. - Agensi 

Katseye

Selepas kejayaan iklan Gap yang tular, kehadiran   Katseye nyata menyerikan lagi majlis VMA tahun ini. Koordinasi gaya 'girl group' dari Los Angeles, Amerika Syarikat ini menyaksikan set busana Dolce & Gabbana digayakan menerusi khidmat penataan gaya oleh Kyle Luu. 

 

Ciara hadir memakai baju rekaan Schiaparelli. — Agensi

Ciara

Ciara tampil berbeza dengan busana oversized rona merah rekaan Schiaparelli yang memberi sentuhan kasual namun tetap elegan.

Gaya itu disempurnakan dengan kasut tumit tinggi pointy nose yang melengkapkan keseluruhan penampilannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram