[VIDEO] Fara Fauzana akhirnya tawan puncak Kinabalu selepas gagal tahun lalu, luah rasa syukur walau cuaca sewaktu turun agak mencabar


  • Sukses
  • Jumaat, 05 Sep 2025

Fara Fauzana akhirnya berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu pada Rabu.

PENYAMPAI radio Hot FM, Fara Fauzana akhirnya berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah pada Rabu selepas percubaannya tahun lalu terkandas di pertengahan jalan.

Momen kejayaan itu turut dikongsikan di media sosial yang memaparkan Fara berdiri megah di puncak tertinggi Malaysia selepas menamatkan pendakian yang mencabar.

“Alhamdulillah, perjalanan naik dan turun dipermudahkan. Cuma cuaca ketika menuruni gunung agak mencabar.

Saya sampai di Timpohon Gate sekitar pukul 1 petang,” katanya. 

BACA LAGI: Belum umur 30 tahun sudah pradiabetes, doktor bongkar kes wanita diet ketat demi kurus, jelaskan punca sebenar

BACA LAGI: Tidur di dalam bilik gelap tanpa cahaya lampu bagus atau tak untuk kesihatan?

Menurut Fara, dia amat bersyukur kerana mampu menamatkan pendakian tanpa sebarang kecederaan.

“Syukur kaki saya masih okay walaupun penat, ini pengalaman yang sangat bermakna,” ujarnya.

Untuk rekod, pada tahun lalu, Fara pernah menyertai ekspedisi ‘Bekpes Hot Tawan Kinabalu’ bersama Johan, AG dan Khairy Jamaluddin. 

Namun, hanya tiga penyampai itu yang berjaya sampai ke puncak manakala Fara terpaksa berpatah balik kerana faktor kesihatan.

Menariknya, pasukan Hot FM turut remake semula video transisi popular mereka ketika di pintu masuk utama Gunung Kinabalu pada tahun lalu, namun kali ini dengan kemunculan penuh Fara yang berjaya menamatkan misi.

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi pencapaian peribadi buat Fara, malah turut memberi inspirasi kepada peminat yang mengikuti perjalanan bekas pengacara televisyen itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram