
RAMAI menganggap pencahayaan dalam bilik ketika tidur hanya perkara remeh.
Namun, tahukah anda bahawa keadaan bilik yang gelap dapat memberi manfaat dan kelebihan terhadap kualiti tidur seseorang.
Berdasarkan kajian diterbitkan dalam jurnal kesihatan sejak 1980, pendedahan kepada cahaya lampu pada waktu malam boleh menghalang pengeluaran hormon melatonin dalam badan.
Tidur dengan pencahayaan yang terang mampu mengganggu kualiti tidur. — Gambar hiasan
Melatonin dihasilkan melalui kelenjar pineal dalam otak dan bertindak mengawal selia proses badan seperti kitaran bangun dan tidur sehingga mood, tenaga dan selera makan manusia.
Menerusi data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2007, cahaya tiruan dapat menjadi punca kepada risiko karsinogenik iaitu zat yang mampu menggalakkan pertumbuhan sel kanser.
Menurut pakar, melatonin bukan sahaja mengawal jam biologi tubuh atau 'jam dalaman, malah bertindak sebagai antioksidan dan antikarsinogen yang dapat membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis tumor.
Secara semula jadi, tahap melatonin meningkat antara pukul 9 malam hingga 7 pagi.
Hormon tersebut akan menghantar isyarat kepada otak bahawa sudah tiba masanya untuk tubuh berehat, sekali gus merangsang perubahan fisiologi seperti relaksasi otot, penurunan suhu badan dan rasa mengantuk.
Justeru, orang ramai disarankan untuk Langkah sebelum tidur yang disarankan untuk mengurangkan pencahayaan sejam sebelum waktu tidur.
Menggunakan lampu malap berwarna kuning, mengurangkan penggunaan gajet serta memakai topeng mata dapat membantu tidur dengan lebih lena.
Kaedah berkenaan turut boleh dijadikan sebagai alternatif bagi individu yang tidak selesa atau takut untuk tidur dalam gelap. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram