[VIDEO] Dari makanan ke tarian, wartawan China kongsi persamaan Hainan dan Malaysia


  • Maya
  • Jumaat, 05 Sep 2025

Seorang wartawan memperkenalkan sebuah bandar China yang mirip seperti di Malaysia.

INDUSTRI pelancongan Asia terus berkembang dengan munculnya pelbagai destinasi baharu yang semakin popular dalam kalangan pelancong.

Menariknya, ada lokasi di luar negara yang mampu membuatkan rakyat Malaysia berasa seakan tidak jauh dari tanah air kerana persamaan budaya, makanan dan gaya hidup masyarakatnya.

Seorang wartawan asing fasih bertutur Bahasa Malaysia baru-baru ini mencuri perhatian apabila memperkenalkan sebuah bandar di China yang mempunyai banyak persamaan dengan Malaysia.

BACA LAGI: Proses hamil hingga berpantang bukan mudah, Syasya Rizal dedah dugaan pertama kali bergelar ibu

BACA LAGI: 'Kekasihku di dunia, permaisuri akhirat', Wan Emir titip ucapan penuh romantis sempena ulang tahun perkahwinan ke-5

Pulau Hainan yang terletak di selatan China digambarkan sebagai sebuah destinasi tropika dengan keunikan budaya, makanan serta gaya hidup masyarakat tempatan yang tidak jauh beza di Malaysia.

Jelasnya, persamaan itu boleh dilihat daripada aspek makanan tempatan seperti menu lauk pauk dan buah-buahan yang turut popular di Malaysia, selain hidangan laut segar yang menjadi pilihan utama penduduk serta pelancong.

 

 

Dari sudut pemandangan dan cuaca pula, Hainan menawarkan suasana pantai tropika yang hangat dan nyaman, hampir sama dengan destinasi pelancongan popular di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Tioman dan Redang.

Selain itu, pengaruh budaya juga menjadi daya tarikan utama di bandar tersebut menerusi tarian tradisional masyarakat tempatan yang penuh warna-warni, mengingatkan penonton kepada keunikan tarian rakyat Malaysia seperti zapin.

Lebih mengujakan, terdapat juga jualan pakaian tradisional wanita menyerupai kebaya, sekali gus menguatkan lagi rasa seperti berada di tanah air sendiri.

Tarikan pelancongan semakin popular

Hainan kini menjadi antara destinasi pilihan pelancong antarabangsa kerana gabungan keindahan alam semula jadi dan suasana mesra masyarakatnya.

Bandar itu bukan sahaja kaya dengan warisan budaya, malah sedang giat dipromosikan sebagai hab pelancongan tropika Asia oleh kerajaan China.

Bagi rakyat Malaysia, pengalaman melancong ke Hainan bukan sahaja membuka ruang mengenali budaya serumpun, malah memberi peluang merasai suasana kampung halaman meskipun berada di luar negara.

Perkongsian itu menunjukkan bahawa meskipun berbeza negara, hubungan budaya dan sejarah panjang telah mewujudkan banyak persamaan antara Malaysia dan Hainan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram