
USAHAWAN kosmetik dan pempengaruh media sosial, Anas Zahrin berkongsi momen istimewanya apabila berjaya mengubah suai ruang tamu rumah milik ibunya di kampung dengan sentuhan moden.
Menerusi perkongsiannya di aplikasi Threads baru-baru ini, Anas mengambil inisiatif untuk menggunakan konsep berbeza daripada kebanyakan dekorasi kegemarannya.
Daripada serba putih yang sering menjadi pilihannya, Anas kemudiannya menggabungkan tona gelap pada ruang tamu tersebut.
Menurutnya, gabungan tona kelabu dan warna bumi itu sekali us dapat mewujudkan suasana lebih hangat dan selesa terutama ketika waktu keluarga berkumpul.
"Semoga mak suka, tempat lepak baharu mak dengan anak anak serta cucu-cucu tengok cerita hantu jerit ramai ramai.
"Selepas itu bentang (letak) lembek (tilam) dan cadar tebal baring ramai-ramai," tulisnya.
Anas turut mendedahkan bahawa idea dekorasi tersebut dilakukannya sendiri dengan berpandukan inspirasi daripada Pinterest.
"Deko dan reka sendiri sahaja. Ikut lawa di mata, cantiklah juga. Nasib baik ada Pinterets bolehlah cari inspirasi warna," katanya.
Selain pemilihan warna, ruang tamu itu turut menampilkan konsep moden kontemporari dengan sentuhan mewah.
Dengan sofa berbentuk L dan fabrik kelabu, ia menjadi titik fokus ruang yang cukup besar untuk menampung ahli keluarga yang ramai.
Manakala, kusyen bercorak lembut memberi elemen tambahan pada rekaan ringkas serta beberapa kelengkapan lain seperti televisyen, bunga hiasan dan kabinet bagi melengkapkan susun atur ruang.
Lampu LED strip pada siling dan panel dinding sekali gus menonjolkan elemen moden serta memberikan suasana santai. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram