Kini status ibu tunggal anak 3, Shermine Ah Moi pesan wanita perlu belajar tapis pasangan hidup, belajar bab 'kemanusiaan'


  • Cinta
  • Rabu, 03 Sep 2025

Shermine menasihatkan agar wanita perlu belajar untuk menapis lelaki yang layak untuk menjadi pasangan hidup. — Instagram/Shermine

USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Shermine Ah Moi memberi pesanan terhadap para wanita yang sedang fasa mencari pasangan hidup.

Bekas isteri kepada pempengaruh, View Chin itu juga menekankan bahawa wanita perlu berhati-hati memilih pasangan agar tidak memberi kasih sayang kepada yang tidak layak.

Kata ibu tunggal kepada tiga orang anak itu, perkahwinan yang baik bukanlah sekadar tentang cinta atau kasih sayang, sebaliknya melibatkan keihkhlasan pasangan apabila hubungan tidak lagi mampu diteruskan.

BACA LAGI: Bekas saintis NASA asal China kini 'wanita besi' di sebalik cip buatan dalam pusat data AI

BACA LAGI: 'Nak ke airport pun sewa kereta orang', anak penoreh getah kongsi perjalanan keluar dari kampung, sambung belajar di UK

Shermine kini menjalani hidup sebagai ibu kepada tiga orang anak. — Instagram/Shermine

"Kahwin mesti cari orang yang betul untuk dikahwini, kalau tidak selepas bercerai akan berterusan tak habis-habis.

"Setiap kali saya ingatkan anak saya, cari lelaki kena teliti betul-betul.

"Kita mesti belajar bab 'kemanusiaan' barulah tahu cara menapisnya," tulisnya menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini.

Shermine turut menegaskan bahawa sikap terlalu bertolak ansur dan berkorban tanpa sempadan boleh menyebabkan seseorang wanita terperangkap dalam hubungan yang toksik.

Katanya, individu sedemikan biasanya hanya menyerap tenaga dan pengorbanan pasangannya.

Malah ada juga yang tidak boleh menerima kenyataan apabila bekas pasangan berjaya keluar daripada 'kawalan' mereka.

"Setiap hari dia memantau setiap gerak-geri kamu, takut kamu hidup lebih baik daripadanya.

"Ingin tahu mengapa tanpa kehadirannya, mata kamu masih bersinar?.

"Mengapa tidak seperti yang diharapkannya, kamu tidak hidup dalam kesengsaraan?.

"Mereka ibarat 'bayi besar', mainan yang sudah bosan dibuang ke tepi, tiba-tiba teringat ingin main dengan kamu lagi," jelasnya.

Shermine pada masa sama mengingatkan kaum hawa untuk tidak mudah menaruh hati pada lelaki yang tidak sesuai untuk menjadi pasangan hidup. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram

 

 

Shermine Ahmoi, Shermine ibu tunggal,