[VIDEO] Tindakan Wan Azizah elak bersalaman dengan Presiden Xi Jinping serlah kehormatan wanita Muslim


  • Maya
  • Selasa, 02 Sep 2025

Tangkap layar video memaparkan Wan Azizah menundukkan badan sebagai tanda hormat kepada Xi Jinping.

TINDAKAN Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengelak berjabat tangan dengan Presiden China, Xi Jinping pada pertemuan rasmi baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tular di media sosial sejak Selasa, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga dilihat menundukkan badan sebagai tanda hormat selepas menolak untuk bersalaman.

Wan Azizah bagaimanapun menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan isteri Presiden tersebut, Peng Liyuan yang turut berada di atas pentas.

BACA LAGI: Busana warisan Bajau Sama pikat hati juri, pereka Mell Sulaiman pemenang Pertandingan Kostum Nasional Malaysia 2025

BACA LAGI: Dulu hanya pos barang waktu rehat, wanita Tawau kini buka empayar bisnes SFJ Beauty dari Sabah ke Semenanjung

Video tersebut sekali gus meraih tumpuan dunia yang rata-ratanya menyifatkan tindakan itu selaras dengan ajaran Islam yang melarang wanita Muslim bersentuhan kulit dengan lelaki bukan mahram.

"Dia tunduk dan memberi hormat walaupun dia tidak berjabat tangan.

"Itu ajaran Islam, wanita tidak bersentuhan kulit dengan lelaki yang bukan mahram," komen pengguna akaun Twitter @afifahafra79.

"Dia seorang Muslim yang taat dan tidak sepatutnya menyentuh lelaki lain yang bukan saudara maranya," sokong pengguna akaun @Russiaspivot.

Kelakuan itu secara tidak langsung menerima pujian ramai sebagai simbol penghormatan budaya dan agama, selain memperlihatkan adab tinggi seorang pemimpin Muslimah dalam diplomasi antarabangsa.

Pada Ahad, Wan Azizah dan suaminya menghadiri majlis makan malam gala Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Pusat Konvensyen Tianjin Meijing, China. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram