'Nak ke airport pun sewa kereta orang', anak penoreh getah kongsi perjalanan keluar dari kampung, sambung belajar di UK


  • Bonda
  • Selasa, 02 Sep 2025

Kisah seorang anak kampung yang berusaha menimba ilmu sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di UK. — Gambar hiasan/AI

BERASAL daripada keluarga sederhana dan jauh sekali merasa kemewahan sejak kecil.

Namun, perjalanan itu menjadi pemangkin semangat untuk menimba ilmu, mengharungi cabaran dan mencipta kejayaan.

Mengenang kembali kisah hidupnya tiga dekad lalu, seorang pengguna akaun Threads @anna_idham menceritakan detik-detik bermakna apabila diberi peluang melanjutkan pengajian di luar negara.

BACA LAGI: Impian wanita hamil beli kereta musnah, dakwa jadi mangsa 'scam' lepas berhabis hasil titik peluh berniaga

BACA LAGI: Dulu hanya pos barang waktu rehat, wanita Tawau kini buka empayar bisnes SFJ Beauty dari Sabah ke Semenanjung

Gambar wanita tersebut ketika melanjutkan pengajian di UK. — Threads/anna_idham

Dengan statusnya sebagai anak penoreh getah, wanita tersebut membuat keputusan berani untuk terbang lebih 10,000 kilometer jauhnya dari Malaysia.

"Aku budak kampung pedalaman, anak penoreh getah yang pertama kali rasa naik pesawat ke United Kingdom (UK).

"Rasa tersangatlah rendah diri. Nak pergi lapangan terbang pun terpaksa sewa kereta orang.

"Aku tertanya-tanya ayah dapat duit dari mana untuk sewa kereta," tulisnya.

Menurutnya, hanya beberapa pasang pakaian sahaja dibawa sebagai persiapan awal untuk bertahan sebelum menerima elaun sebanyak RM1,646 (£290) sebulan.

Tambahnya, sebelum berlepas, dia sanggup bekerja di sebuah kilang dengan gaji sekitar RM300 untuk menampung perbelanjaannya.

"Cuti sekolah saya akan tolong ibu bapa toreh getah dan kerja kilang untuk tampung kos penerbangan.

"Saya sekadar berkongsi, kerana tidak ramai rakan sekerja saya sekarang pernah melalui pengalaman sebagai anak penoreh getah dan dari keluarga susah seperti saya," ujarnya.

Perkongsiannya pada masa sama menjadi memori berharga dan sumber inspirasi kepada individu lain untuk tidak terus berputus asa dalam mencapai impian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram