'Dia sentiasa dahulukan cita-cita saya', pengasas Hannan Medispa layan isteri bak raja, sedia 7 pembantu rumah


  • Cinta
  • Isnin, 01 Sep 2025

Isteri Dr. Mohd Hannan (kanan) yang sanggup berkorban demi cita-cita suaminya. — Instagram/Dr. Mohd Hannan

LAYANAN baik daripada pasangan sememangnya dapat menyemai benih-benih cinta terutama dalam hubungan perkahwinan.

Sama seperti pengasas pusat kecantikan terkenal, Hannan Medispa, Dr. Mohd Hannan Yusof yang melayani isterinya dengan kemewahan dan penuh kasih sayang.

Menerusi video dimuat naiknya di Threads baru-baru ini, Dr. Mohd Hannan mendedahkan bahawa ia sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan isterinya sejak awal perkahwinan mereka.

BACA LAGI: Ungkapan 'I love you' di dalam lif, penghantar makanan berjaya pikat hati guru

BACA LAGI: [VIDEO] Hasrat sambut Hari Kebangsaan terbantut, bapa tenang tangani anak kembar autisme mengamuk di kedai makan

 

 

 

 

Menurutnya, wanita itu banyak berkorban sejak mereka masih di bangku pengajian dan dikala beliau belum memiliki apa-apa.

"Kenapa layan isteri macam raja?

"Sebab dari zaman belajar, isteri selalu dahulukan cita-cita saya.

"Saya tak pernah lupa, sebab itu sekarang saya nak dia hidup aman damai sahaja, Insya-ALLAH," tulisnya.

Sebagai tanda penghargaan, beliau turut mendedahkan bahawa isterinya kini dibantu oleh tujuh orang pembantu rumah bagi memastikan segala urusan harian berjalan lancar dan selesa.

Kenyataan tersebut secara tidak langsung menunjukkan keikhlasan dan keprihatinan beliau terhadap isterinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram