Bukan setakat sedap, rahsia gerai 'Uptown' pikat pelanggan, sanggup beratur panjang lebih 3 dekad dari bujang sampai sudah berfamili


  • Bisnes
  • Isnin, 01 Sep 2025

Susan (baju merah) mengendalikan gerai makanannya selama lebih tiga dekad. — The Star

 

 

BEROPERASI lebih tiga dekad, sebuah gerai menjual makanan Cina di Uptown Damansara, Petaling Jaya, Selangor terus mendapat tempat dalam hati pelanggan.

Gerai Bintang Sue yang dikendalikan oleh Susan Ng bersama dua anaknya, David dan Ivan Sibriakoff masih menjadi rebutan pengunjung.

Rata-ratanya juga sanggup beratur panjang demi menikmati hidangan panas di kawasan yang sesak dan padat itu.

BACA LAGI: Motif nasi lemak, durian karya Izzati Suza angkat identiti Malaysia, pernah jadi pilihan Sandara Park

BACA LAGI: Wanita terkejut mentua cadang bayinya disusukan kakak ipar, elak kekok bila besar

needs a pixman and videographer for Street Grub.. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Pelanggan Muslim turut menikmati hidangan panas di gerai Bintang Sue. — The Star

Kata David, proses memasak dan bahan yang digunakan mereka juga sesuai dinikmati oleh pelanggan Muslim.

Jelasnya, beberapa ahli keluarganya termasuk Ivan yang memeluk agama Islam sekali gus menjadi faktor kejayaan gerai makanannya.

"Ia bukanlah pilihan yang sukar untuk beralih kepada versi makanan yang bebas daripada menggunakan daging khinzir," katanya.

Bukan itu sahaja, konsep hawker Cina yang dibawa dalam perniagaannya turut mempunyai penggemar tersendiri.

Antara menu pilihan ramai adalah Nasi Goreng Telur Pedas (RM10), Kuey Teow Daging Halia (RM12) dan Sotong Goreng Telur Masin (RM20).

Kesemua menunya dimasak sehingga mengeluarkan aroma memikat dan sesuai dinikmati ketika waktu sejuk dan hujan.

Susan berkata, gerainya mampu bertahan lama kerana mereka sentiasa menitikberatkan dan memenuhi permintaan pelanggan.

"Pelanggan mahukan makanan yang sedap, jadi kami sentiasa memastikan untuk menghantar makanan berkualiti tinggi.

"Itulah sebabnya mereka selalu kembali," katanya.

needs a pixman and videographer for Street Grub.. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Tiga menu popular yang sering menjadi pilihan pelanggan. — The Star

Seorang pelanggan setia, Remy, 44, berkongsi bahawa sering mengunjungi gerai tersebut sejak zaman bujang sehingga sudah berkeluarga.

"Dulu saya datang dengan isteri ketika kami masih bercinta.

"Sekarang, setiap hujung minggu kami bawa anak-anak makan di sini walaupun tinggal di Putra Heights, Selangor (kira-kira 27 kilometer jaraknya)," katanya.

David dan Ivan mengakui bukan mudah mengekalkan perniagaan kecil di kawasan yang dipenuhi kafe dan restoran moden.

Namun, mereka percaya penyesuaian menu serta mengekalkan harga yang berpatutan meskipun kos meningkat membantu menarik pelanggan lama dan baharu.

Bukan itu sahaja, layanan mesra seperti keluarga turut menjadikan pengalaman menjamu selera di Bintang Sue lebih istimewa. — The Star/ASHIQIN AHMAD

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram