[VIDEO] Wajah ibu kekal berseri pada usia 66 tahun, ini rahsianya, tak perlu rawatan moden


  • Sihat
  • Khamis, 28 Ogos 2025

Rutin penjagaan wajah yang diamalkan dengan cara mudah oleh wanita berusia 66 tahun.

PENAMPILAN seorang wanita warga emas mencuri perhatian selepas anaknya mendedahkan rutin harian penjagaan kulit wajah di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik pempengaruh warga Korea di akaun TikToknya yang dikenali sebagai Sarah Ann, ibunya memiliki wajah seperti wanita muda meskipun usia mencecah 66 tahun.

Lebih menarik apabila ibunya juga tidak pernah menjalani sebarang prosedur kecantikan atau rawatan wajah moden.

BACA LAGI: Pamer nilai murni, perkenal identiti negara di media sosial cara Gen Z semai semangat patriotik

BACA LAGI: [VIDEO] Lantik AJK setiap bangsa terjemah maklumat, penduduk PPR Laksamana serlah kejiranan harmoni

Sebaliknya, rahsia kulit sihatnya hanya bergantung pada rutin yang disiplin dan menggunakan barang kelengkapan di rumah.

"Pertama sekali, dia mencuci wajahnya di air yang mengalir iaitu di tab mandi.

"Kemudian, basahkan tuala kecil dan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) selama dua minit dan tekapkan pada muka.

"Ia akan menjadikan kulit lebih mudah menyerap produk, menegangkan tekstur dan meningkatkan peradaran darah," katanya.

Seterusnya, ibu beliau akan memakai masker buatannya sendiri

Tuala yang digunakannya sebelum itu juga dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk selama 10 hingga 15 minit untuk ditekap pada wajah selepas mencuci 

Selepas proses tersebut selesai, barulah produk penjagaan wajah yang lain digunakan.

Antaranya adalah toner, vitamin C, serum diikuti krim pelembab yang dicampur dengan minyak hemp untuk mengekalkan kelembapan pada kulitnya.

Ibunya juga menggunakan teknik menepuk perlahan kulit wajahnya ketika meletakkan produk berbanding menarik atau menekan. 

"Langkah terakhir dalam rutin penjagaan wajahnya adalah dengan meletakkan pelindung matahari," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram