
PELAKON dan usahawan, Datin Seri Umie Aida menitipkan nasihat kepada individu yang mahu menceburi bidang perniagaan agar berhati-hati ketika berkongsi perancangan atau strategi terutama bersama kenalan rapat.
Menurut Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, pengalamannya yang terlalu bersikap terbuka boleh menimbulkan rasa iri hati yang akhirnya mampu menimbulkan konflik.
Katanya, setiap progres atau strategi perniagaan tidak perlu dihebohkan atau diceritakan secara terbuka.
BACA LAGI: Cantik dan menawan, ketahui 3 fakta unik budaya wanita Kenyah di Borneo
BACA LAGI: Mandi sungai, berkhemah sejak usia 8 bulan, tip suri rumah didik anak-anak 'lupakan' gajet
"Pelajaran dan pengajaran, apabila kita nak buat sesuatu terutama dalam perniagaan.
"Jangan berkongsi dengan sesiapa lebih-lebih lagi pada kawan yang sealiran dengan perniagaan kita nak buat.
"Sebab disitulah akan muncul putik-putik cemburu dan mula lakukan sesuatu di luar jangkaan kita," katanya menerusi video dimuat naik di aplikasi Threads baru-baru ini.
Umie turut mengingatkan bahawa tidak semua rakan yang kelihatan mesra itu menyokong usaha sahabatnya.
Berdasarkan pengalamannya, Umie melihat perkara tersebut sebagai pengajaran dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama sekali lagi.
"Jangan berkongsi dalam setiap kemesraan dan kebaikan ataupun apa yang kita buat pada orang yang kita rasa baik dengan kita.
"Tetapi hakikatnya dia ada rasa tidak puas hati di situ. Saya juga kecewa mendengar perkara ini, tetapi tidak mengapa.
"Rezeki ALLAH tentukan, hanya fikir positif dan belajar untuk tidak ulang kesilapan besar itu.
"Baik daripada sudut kebahagiaan, ekonomi terutama kekayaan dan kejayaan," tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram