Pamer nilai murni, perkenal identiti negara di media sosial cara Gen Z semai semangat patriotik


  • Cinta
  • Rabu, 27 Ogos 2025

Generasi muda memainkan peranan penting dalam menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan patriotik. — Gambar hiasan/AI

SEBUT sahaja tentang kemerdekaan, pastinya terlintas perjuangan dan usaha dalam membebaskan negara daripada terus dijajah.

Seiring waktu berlalu, tafsirannya mungkin berubah mengikut peredaran generasi.

Bagi anak muda hari ini, merdeka bukanlah sekadar mengimbau perjuangan silam, sebaliknya lebih kepada kebebasan untuk membina masa depan yang inklusif, kreatif dan seimbang.

BACA LAGI: 'Rambut sama hitam, hati lain-lain', Umie Aida elak cerita progres bisnes, kejayaan dengan orang lain

BACA LAGI: 'Sebelum ini saya hidup untuk cantik pada mata manusia', pereka fesyen Sabah kongsi kemanisan lepas 6 tahun bergelar mualaf

Qurratu Ain merupakan pelajar bidang perakaunan di sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Hasil tinjauan bersama beberapa generasi muda mendapati mereka melihat kemerdekaan sebagai ruang untuk bersuara, memanfaatkan teknologi dan berperanan aktif dalam membentuk negara mengikut keperluan dan cabaran era semasa.

Menurut Qurratu Ain Hannani Zulkifli, 20, negara yang membangun dan maju dengan cara atau identiti tersendiri dapat melambangkan kemerdekaan.

"Ini juga termasuk apabila rakyat boleh bergaul antara satu sama lain dalam keadaan yang aman.

"Bagi saya kita di Malaysia juga dalam fasa di tengah-tengah (antara bebas dan tidak) kerana masih ada yang terikut dengan budaya luar," katanya kepada Majoriti.

Nur Damia Aqilah (kanan) gen Z juga mampu membawa perubahan besar dalam memperkenalkan identiti dan budaya Malaysia di mata dunia.

Menjadi anak kelahiran generasi Z (Gen Z), Nur Damia Aqilah Abdul Rahman, 16, memanfaatkan teknologi antara cara yang lebih efektif dalam menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos (Ahad) nanti.

Katanya, Gen Z juga mampu membawa perubahan besar dalam memperkenalkan identiti dan budaya Malaysia di mata dunia.

"Bagi saya, antara cara sambut bulan kebangsaan dalam generasi sekarang adalah dengan hasilkan kandungan video di TikTok berkaitan kemerdekaan supaya orang luar negara pun boleh tahu.

"Contohnya hasilkan buat video mengenai semangat patriotisme, Perdana Menteri Malaysia dan berkaitan dengannya," jelasnya.

Sameena mengekspresikan erti kemerdekaan daripada kehidupan yang aman dan bebas.

Sementara itu, pelajar sekolah, Sameena Pathamanathan, 12, tidak terlepas mengeskpresikan makna di sebalik kemerdekaan di negara ini.

Katanya, menjalani kehidupan yang bebas dan aman terutama dalam menuntut ilmu cukup memerdekakan rakyat.

Dalam pada itu, penyanyi remaja semakin meningkat naik, Ummi Umairah, 14, juga mempunyai definisi tersendiri mengenai hari kebangsaan.

Ummi Umairah antara pelopor generasi muda yang mengetengahkan seni dan budaya Malaysia.

Padanya, setiap individu perlu menyemai nilai murni dan memberi contoh yang baik kepada masyarakat.

"Sebagai wanita, kita juga bebas memberi pendapat, peranan dan pembangunan kepada negara.

"Jadi, 10 tahun akan datang, saya juga harap Malaysia sentiasa terpelihara, bersatu dan harmoni," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram