Boleh ke suami letak nama isteri kedua untuk hibah, alasan bimbang rumah tangga tak bertahan lama?


  • Cinta
  • Khamis, 28 Ogos 2025

Peguam Syariah, Nur Syuhada (gambar kecil) menjelaskan bahawa hibah adalah hadiah daripada pemberi kepada insan tersayang. — Gambar hiasan/Freepik AI

TULAR kisah seorang suami berkongsi niat untuk membuat hibah, tetapi enggan meletakkan isteri pertama sebagai penerima. 

Sebaliknya, beliau ingin menamakan isteri kedua, dengan alasan bimbang sekiranya perkahwinan pertama tidak bertahan. 

Kisah yang didedahkan oleh pihak syarikat takaful itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang hak isteri, anak-anak dan pengurusan harta mengikut perspektif syariah.

BACA LAGI: [VIDEO] Bina rumah Orang Asli di Perak dalam masa 3 hari, Ninie, 30 sukarelawan sempurna misi bulan kebangsaan

BACA LAGI: Ambil iktibar kisah benar filem Norma: Antara Mertua dan Menantu, rumah tangga hancur dikhianati perselingkuhan sesama keluarga

Peguam Syariah, Nur Syuhada Adnan menjelaskan bahawa hibah adalah hadiah daripada pemberi kepada insan tersayang. 

"Biasanya diberikan kepada orang yang kita sayang. Si pemberi mempunyai hak menentukan siapa penerima hibah, termasuk memberi kepada bakal isteri atau mana-mana isterinya," katanya kepada Majoriti

Namun, menurut beliau, jika niat utama hibah adalah untuk menjaga kepentingan anak-anak, lebih wajar diberikan terus kepada mereka.

“Sekiranya anak-anak masih di bawah umur ketika ayah mereka meninggal dunia, hibah boleh diuruskan oleh penjaga mereka, biasanya ibu. Jika hibah diberikan terus kepada anak-anak, ibu hanya bertindak sebagai pengurus, bukan pemilik harta,” jelas Nur Syuhada.

Beliau turut menasihatkan agar pembahagian hibah dilakukan secara adil.

Sebagai contoh, jika seorang ayah mempunyai tiga anak, lebih baik meletakkan nama ketiga-tiga anak sebagai penerima bersama. 

Ini dapat mengelakkan rasa tidak puas hati dan memastikan harta diagihkan secara saksama.

“Memberi hibah kepada darah daging sendiri sebaiknya dilakukan dengan adil. Jika hanya seorang yang menerima, ada risiko yang lain akan terasa hati,” kata beliau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram