
MENGGALAS tanggungjawab sebagai suri rumah sememangnya bukanlah tugas mudah.
Namun, tanpa sedar ia memberi kelebihan terutama dalam mendidik dan memantau anak-anak.
Sama seperti seorang suri rumah yang mengambil inisiatif untuk membesarkan tiga anaknya di rumah tanpa sebarang gajet atau alat permainan.
BACA LAGI: [VIDEO] Ajaibnya tatap wajah ibu, 'ubat' mujarab selesai masalah
BACA LAGI: Dulu bertugas di awan biru, hobi wanita KL kini bertukar bisnes, buka bengkel kraf sulaman
Mendedahkan kepada aktiviti alam membantu perkembangan anak-anak. — Gambar hiasan
Keputusan itu dibuat selepas membaca perkongsian daripada pakar pendidikan kanak-kanak yang dikenali sebagai Ticer Ina.
Menurutnya, penggunaan skrin gajet ataupun televisyen dihentikan serta-merta dan lebih fokus pada permainan bebas (self-directed play).
"Maksudnya kami tak beli mainan dan buku paling banyak.
"Kami banyak dedahkan mereka dengan aktiviti alam seperti berkhemah, berkelah di sungai, pantai dan umurnya lapan bulan kami dah berkhemah dalam hutan.
"Saya suri rumah jaga anak 24 jam. Anak main sendiri, tiada gangguan orang dewasa, tanpa susunan aktiviti, permainan.
"Saya banyak borang, bercerita dan baca buku sejak dia baru lahir," tulisnya di hantaran Threads @ariina.amiin.
Bukan itu sahaja, amalan agama turut diterapkan secara semula jadi dan tanpa paksaan.
Ilmu agama juga diajar melalui contoh yang ditunjukkan oleh ibu bapa. — Gambar hiasan
Anak-anaknya hanya melihat ibu bapa solat berjemaah dan mendengar tadabbur al-Quran sejak di usia tiga tahun dan mula mengikuti perbuatan itu secara suka rela.
"Kami ajar melalui contoh, bukan arahan.
"Anak banyak belajar sendiri. Sekarang umurnya enam tahun dan banyak perkara dia pandai buat sendiri.
"Dia nak tahu, dia cari jalan untuk penuhi keinginannya.
"Kami sebagai ibu bapa hanya jadi kaunter pertanyaan, geng bermain kalau diajak, tempat kaunseling dan penasihat," jelasnya.
Pendekatan itu sekali gus mengukuhkan kemahiran sosial dan keyakinan diri anak-anak.
Katanya, hubungan adik-beradik yang diterapkan kepada anak-anaknya adalah membiarkan mereka menyelesaikan konflik sendiri.
"Adik-beradik gaduh kami biar mereka selesai konflik sendiri.
"Kalau berisiko bahaya baru saya akan masuk campur. Sesekali perlu juga selitkan nasihat.
"Memang perlu biar anak-anak lalui proses gaduh supaya tak simpan dendam di kemudian hari," tambahnya.
Walaupun jarang sekali terdedah kepada skrin, dia tidak menafikan masa untuk menonton filem adalah ketika bersama keluarga pada waktu tertentu.
"Bagi saya, gajet hanya sesuai bila asas kehidupan anak-anak sudah kukuh," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram