
MENDIDIK anak kecil bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka mudah meniru apa sahaja perlakuan orang dewasa.
Sebagai dewasa, kita mengetahui kasih sayang biasanya dizahirkan melalui pelukan dan ciuman, tetapi ciuman pada bibir sering dianggap tidak sesuai kerana boleh mengelirukan anak kecil.
Ada ibu bapa yang menganggap ia sekadar tanda sayang, namun semakin ramai yang bimbang perbuatan itu boleh mengelirukan anak tentang batasan tubuh dan bentuk sentuhan yang sihat.
BACA LAGI: Gen Z tak suka berbelanja mewah ketika 'dating', peka soal kewangan — Kajian
Anak-anak diajar untuk menzahirkan kasih sayang melalui pelukan, bukan dengan ciuman bibir. — Gambar hiasan/Freepik
Baru-baru ini, topik tersebut menjadi perbincangan di platform Threads selepas ada perkongsian daripada kalangan ibu bapa yang berdepan situasi anak terbiasa mencium di bahagian muka termasuk bibir kerana diajar oleh ahli keluarga lain.
Bagi mengelakkan tabiat itu berterusan, ada yang mengambil pendekatan mudah dengan meletakkan jari di bibir setiap kali anak cuba mencium di bahagian tersebut.
Sekiranya bibir tetap tersentuh, mereka akan menegur, meminta anak mengelap bibir dan menerangkan bahawa perbuatan itu tidak sesuai.
“Anak lelaki saya selalu cium satu muka saya termasuk bibir. Saya letak jari supaya bibir tidak bersentuh. Kalau tersentuh juga, saya akan membuat isyarat yang menunjukkan saya geli, kemudian suruh anak lap bibir.
"Saya terangkan pada dia, perbuatan itu tidak baik,” ujar seorang ibu yang berkongsi pengalamannya.
Beliau juga mengingatkan anaknya sejak awal agar menolak dengan cara sopan seperti meletakkan jari di bibir sekiranya ada individu lain cuba menciumnya.
Tambahnya, beliau mengakui cabaran mendidik anak hari ini semakin mencabar kerana setiap orang mempunyai cara berbeza dalam menzahirkan kasih sayang.
“Memang susah nak besarkan anak sekarang. Mak ajar lain, nanti orang lain pula ajar lain, anak jadi keliru,” katanya lagi.
Perkara tersebut turut mengundang pelbagai reaksi warga maya. Ada yang menegaskan ciuman di bibir bukanlah cara menunjukkan kasih sayang yang wajar.
“Dahi ada, pipi pun ada, kenapa perlu biasakan cium di bibir? Anak tu makin hari makin membesar, lagipun sudah ada yang berpakaian macam orang dewasa.
"Pemikiran macam ni memang menakutkan,” kata seorang pengguna.
Seorang lagi turut berkongsi pandangan serupa.
"Saya tak pernah benarkan suami, diri sendiri atau ahli keluarga lain cium anak di bibir. itu memang salah," — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram