Wanita mangsa 'stalking', gangguan seksual risiko kena penyakit jantung — Kajian


  • Sihat
  • Selasa, 26 Ogos 2025

Gangguan stalking boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok dalam kalangan wanita. — Gambar hiasan

KAJIAN terbaharu mendedahkan bahawa wanita yang pernah menjadi mangsa stalking mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami penyakit kardiovaskular (CVD) dan strok berbanding individu lain.

Menurut penyelidikan diterbitkan oleh American Heart Association (AHA), kira-kira satu daripada tiga wanita yang pernah diganggu atau diugut melalui stalking menunjukkan kebimbangan terhadap masalah jantung dan saluran darah.

"Pengalaman diburu, diganggu sehingga perlu mendapatkan perintah perlindungan jelas berkait dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular dalam kalangan wanita," tegas para penyelidik dalam jurnal Circulation.

BACA LAGI: Pemilik studio kumpul objek era merdeka, khazanah keluarga turun temurun tarik minat orang muda

BACA LAGI: [VIDEO] Remaja 13 tahun bina sarang lebah 3D cetakan sendiri dalam bilik tidur

Rebecca Lawn daripada Harvard T.H. Chan School of Public Health dan University of British Columbia berkata, walaupun keganasan terhadap wanita sudah berlaku, ia masih dipandang remeh oleh pakar kesihatan sebagai faktor risiko yang boleh menjejaskan kesihatan jantung wanita.

Kajian sebelum ini oleh Lawn turut mendapati wanita yang pernah mengalami serangan seksual atau gangguan di tempat kerja mempunyai tekanan darah lebih tinggi berbanding wanita lain.

Dalam penyelidikan terkini, pasukan berkenaan menganalisis data lebih 66,000 wanita melalui kajian Nurses’ Health Study II di Amerika Syarikat dari 2001 hingga 2021.

Hasilnya mendapati mereka yang pernah mengalami stalking atau gangguan berbentuk mesej dan surat misteri sehingga menimbulkan ketakutan, lebih cenderung menghidap penyakit jantung atau strok.

"Stalking merupakan antara bentuk keganasan interpersonal paling lazim, dengan hampir satu daripada tiga wanita mengalaminya sepanjang hidup," jelas penyelidik sambil merujuk kepada data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram