[VIDEO] Pasangan ditatang bagai minyak penuh, suami terkilan isteri dibelai doktor berstatus suami orang


  • Cinta
  • Isnin, 25 Ogos 2025

Jason Wong (gambar kanan) terkilan apabila rumah tangganya musnah akibat pengkhianatan isterinya sendiri (gambar kiri).

SELEPAS sepuluh tahun menanggung pasangan dengan penuh kasih sayang, seorang suami, Jason Wong terkilan apabila rumah tangganya musnah akibat pengkhianatan isterinya sendiri. 

Rakaman video yang dimuat naiknya di media sosial memaparkan detik-detik dia menerjah isterinya bersama seorang lelaki yang berstatus suami orang di dalam kereta.

Lelaki berkenaan difahamkan merupakan seorang doktor yang bertugas di Kelantan dan dipercayai sudah memiliki tiga orang anak. 

“Saya tak pernah sangka orang yang saya sangat sayang, yang setiap malam tidur di sisi saya, sanggup curang.

"Setelah 10 tahun perkahwinan, rumah tangga saya musnah. Bukan sebab miskin, bukan sebab gaduh, bukan sebab tiada masa berkuali atau tidak sefahaman, tapi disebabkan office wife," kata Jason di laman Facebook.  

BACA LAGI: Wanita sedih suami minta 'rehome' si bulus, mentua kurang selesa apabila berkunjung ke rumah

BACA LAGI: [VIDEO] Siti Nurhaliza dedah 'rahsia' tidak muncul di KLFW, bukan tak hargai pereka tapi...

Menurut Jason, sepanjang perkahwinan, dia memberi sokongan kepada isteri secara penuh termasuk menghantarnya bertugas ke luar kawasan, menempuh hubungan jarak jauh berbulan-bulan, menjadi tempat isterinya meluahkan perasaan, membantu menyiapkan kerja rumah serta menunggu isterinya pulang lewat malam 

“Saya tak pernah curiga kerana saya percaya. Namun, rupanya selama ini dia dibelai oleh lelaki lain yang sudah berumah tangga, berstatus profesional dan dihormati masyarakat, tetapi hakikatnya seorang perosak rumah tangga orang,” katanya.

Jason berasa pengkhianatan itu telah menghancurkan hatinya. Namun, semangat untuk anak-anak membuatkan dia bangkit dan memberi peluang terakhir kepada isterinya. 

Malangnya, Jason berkata, peluang itu tidak dimanfaatkan sehingga menyebabkan Jason tekad untuk bercerai. 

“Saya pilih untuk teruskan hidup, bukan kerana saya kalah, tetapi kerana saya lebih sayangkan diri sendiri dan anak-anak,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, Jason memuat naik petisyen penceraian yang telah difailkan bagi menamatkan perkahwinan sepuluh tahun itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya bersimpati dan terkilan mengetahui kejadian tersebut.

“Dah jadi trend pulak. Suami orang dengan isteri orang. Siap buat kawasan dekat pejabat. Mana letak iman dan maruah korang ni? Dah kahwin ingatkan makin kuat agama, rupanya masjid roboh sendiri," kata Lala

"Dapat suami baik, isteri baik pun masih nak curang. Masing-masing tak ingat anak isteri dan suami," kata Anna Lam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram