Teruja terima jemputan bergambar di 'rooftop' ikonik Istanbul, Nadiyah Shahab puas melaram dalam gaun merah


  • Gaya
  • Ahad, 24 Ogos 2025

Nadiyah mengakui teruja dijemput untuk mengambil gambar di lokasi ikonik Istanbul tersebut. — Instagram/@nadiyah.shahab

PELAKON dan usahawan, Nadiyah Shahab baru-baru ini berkongsi pengalaman istimewa apabila menerima jemputan untuk bergambar di salah satu lokasi konik di Turkiye, Istanbul, Rooftop Galata.

Menariknya, jemputan tersebut diterima pada hari pertamanya di negara berkenaan.

Momen itu dikongsikan melalui hantaran di akaun Instagram miliknya pada Sabtu.

BACA LAGI: Negara bukan dalam Lingkaran Api Pasifik masih berisiko gempa bumi, ketahui 8 langkah mempersiap kediaman agar meminimumkan kerosakan

BACA LAGI: Bunga tangan eksotik, dekorasi Nusantara Jawa, Melayu, Baba serlah perkahwinan klasik di 'istana lama' Janda Baik

Hantaran berkenaan turut disertakan dengan beberapa keping gambar memaparkan gaya beliau menyarung gaun bermotifkan kelopak bunga serba merah.

Latar belakang perairan yang indah, pemandangan kota Istanbul serta sekumpulan burung yang terbang menambah lagi keunikan hasil gambar tersebut.

Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 32, meluahkan keterujaannya sambil menzahirkan penghargaan buat pihak Rooftop Galata.

“Dapat jemputan berkolaborasi untuk sesi bergambar bersama Rooftop Galata pada hari pertama saya tiba di Istanbul! Terima kasih banyak kerana menjemput saya, ia benar-benar pengalaman yang menyeronokkan!

"Masa saya di sini sungguh bermakna. Saya rasa seperti gadis turki sebenar," katanya.

Rooftop Galata bukan sekadar menawarkan latar yang cantik, malah turut menyediakan pengalaman unik kepada pengunjung.

Antara tarikan utamanya ialah koleksi gaun berwarna-warni yang boleh dipilih untuk sesi fotografi.

Gaun-gaun tersebut direka dengan potongan panjang dan beralun, sesuai untuk menampilkan kesan dramatik seakan-akan penggambaran majalah fesyen.

Penggambaran itu mendapat perhatian dalam kalangan pempengaruh dari pelbagai negara termasuk Jamie Chua, pempengaruh fesyen dari Singapura yang terkenal dengan gaya hidup mewah selain memiliki jutaan pengikut di media sosial.

Harga pakej untuk satu sesi penggambaran boleh mencecah hingga RM1,000. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram