
SETIAP manusia pastinya tidak akan terlepas daripada sebarang masalah atau ujian hidup sama ada di rumah, tempat kerja mahu pun dalam perhubungan.
Situasi itu juga bagaikan satu lumrah dan menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup bagi menguji kekuatan mental dan emosi seseorang.
Mengalami tekanan juga adalah perkara normal dan pendekatan untuk menyelesaikannya semestinya berbeza bagi setiap individu.
BACA LAGI: Dulu bertugas di awan biru, hobi wanita KL kini bertukar bisnes, buka bengkel kraf sulaman
BACA LAGI: Bukan semua negatif, gosip dengan kawan bantu eratkan hubungan, baiki emosi
Namun, berdasarkan perkongsian video di TikTok pempengaruh dan usahawan, Umirah Mohd Taib atau dikenali sebagai Bonda Umirah Taib, jalan penyelesaian paling mustajab dan mudah adalah dengan menatap wajah ibu sendiri.
Pesanan tersebut juga diberikan oleh suaminya, Shakib Samsudin di dalam video tersebut.
Menerusi perbualannya bersama seorang daripada anak lelakinya di meja makan, perbuatan memandang wajah ibu mampu memberi ketenangan tatkala diri sedang diuji.
"Ada perkara berat nak selesaikan sahaja, ayah balik rumah jumpa opah (ibunya).
"Hari ini ayah demam nak bawa kereta tak larat tetapi kena ayah paksa diri balik kampung juga.
"Sebenarnya jumpa ibu ini boleh selesaikan banyak perkara," katanya.
Shakib pada masa sama menjelaskan bahawa doa dan keberkatan seorang ibu mampu melancarkan perjalanan anak-anak.
Selain memberi ketenangan jiwa, memandang wajah ibu dengan rasa kasih dan hormat juga antara cara untuk mendapatkan pahala serta mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda:
"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." (Riwayat Abu Nuaim)
Hanya dengan melihat wajah ibu bapa, ALLAH telah memberikan pahala kepada kita, apatah lagi apabila berbakti kepada mereka.
Daripada Abdullah bin Abbas, r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Tiadalah anak yang berbakti kepada orang tua, kemudian ia memandang wajah orang tuanya dengan perasaan penuh kasih, kecuali ALLAH menulis pahala haji mabrur baginya setiap pandangan."
Ibnu Abbas bertanya, 'Ya Rasulullah, jika anak itu memandang 100 kali sehari pada orang tuanya, jadi bagaimana?' Rasulullah SAW menjawab 'ya, tentu sahaja lebih agung pahalanya kerana ALLAH Maha Agung lagi Maha Baik.' (Hadis Riwayat Baihaqi, Kitab Syu'abul Iman) — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram