[VIDEO] Wushu 'boosting' tenaga Krisdayanti, jaga kesihatan tulang pada usia 50 tahun


  • Gaya
  • Jumaat, 22 Ogos 2025

Beliau kini kekal bertenaga di usia 50 tahun, aktif berlatih wushu sambil mengekalkan diet sihat. — Instagram/@krisdayantilemos

PADA usia 50 tahun, penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti membuktikan dirinya masih bertenaga apabila berkongsi rakaman video berlatih wushu taolu, seni bela diri yang telah lama menjadi sebahagian daripada rutin senamannya.

Lengkap mengenakan pakaian wushu berona merah jambu, putih dan biru, penampilan itu sekali gus mempamerkan sisi berbeza figura tersebut.

Menerusi kapsyen hantaran tersebut, pemilik suara lagu Menghitung Hari itu menekankan bahawa latihan bukan sahaja membantu dirinya lebih fokus terhadap kemahiran, malah memberi ruang untuk memahami seni yang dipelajari dan memperbaiki kekurangan diri.

BACA LAGI: 'Hail menoleh apabila namanya dipanggil', rakyat Malaysia prihatin penuhi harapan ibu dengar, bercakap semula dengan anak

BACA LAGI: Intan Najuwa, Che Ta desak keadilan Zara Qairina tanpa pilih kasih, salah perlu dihukum

“Latihan membantu lebih fokus terhadap kemahiran, membolehkan saya memahami seni dengan lebih baik serta memberi masa untuk menilai kekurangan diri bagi memperbaiki kesihatan tulang,” tulisnya.

Dalam pada itu, meskipun mempunyai jadual padat sebagai anak seni, wakil rakyat dan nenek kepada dua orang cucu itu tetap menjaga disiplin dalam gaya hidup hariannya.

Agensi melaporkan, beliau mengatur pola pemakanan dengan disiplin, antaranya hanya mengambil roti gandum dan buah untuk sarapan, manakala makan tengah hari serta malam dihadkan kepada empat sudu nasi dengan lauk dan sayur.

Krisdayanti turut mengelakkan makanan bergoreng bagi mengekalkan kesihatan tubuh.

Selain wushu, isteri kepada Raul Lemos itu konsisten melakukan treadmill lima kali seminggu selama sejam setiap sesi.

Dalam masa sama, Krisdayanti turut giat menimba ilmu. Beliau bakal memulakan semester baharu pada September depan di Open University dalam jurusan Ilmu Pemerintahan di bawah Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, sekali gus menambah kredibilitinya sebagai wakil rakyat.

Selain bergiat aktif dalam bidang seni, beliau kini memberi tumpuan terhadap kerjaya politik sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia dengan fokus terhadap isu pendidikan, pembangunan wanita dan kebajikan masyarakat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram