
HUBUNGAN cinta bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez bukan sekadar disulami dengan kata-kata manis, malah dilindungi dengan perjanjian kewangan mewah yang luar biasa.
Walaupun belum berkahwin secara rasmi, pasangan itu dilaporkan telah menetapkan klausa kemewahan yang menjamin masa depan Georgina sekiranya suatu hari mereka berpisah.
Menurut laporan majalah TV GUIA di Portugal, Georgina dijamin menerima pencen sepanjang hayat bernilai lebih RM481,000 (AS$114,000) sebulan.
BACA LAGI: [VIDEO] Nampak remeh, 5 perkara ini buka laluan pada penjenayah, hati-hati posting media sosial
BACA LAGI: Bukan calang-calang TPR wakili Zara Qairina, Nor Azizah juga kendali kes adik Bella, Ebit Liew
Malah, Georgina juga akan diberikan hak milik sebuah vila mewah milik Ronaldo di La Finca, Madrid yang bernilai sekitar AS$5.64 juta (RM23.8 juta).
Kediaman itu berdiri di atas tanah seluas 4,000 meter persegi dengan keluasan bangunan 950 meter persegi.
Difahamkan, perjanjian itu mula dirangka selepas kelahiran anak sulung mereka, Alana dan memuatkan klausa tambahan yang lebih kompleks sekiranya mereka mendirikan rumah tangga terlebih dahulu sebelum bercerai.
Ronaldo dan Georgina mula tampil bersama secara terbuka pada 2017 semasa majlis Best FIFA Football Awards.
Sejak itu, mereka membina keluarga besar dengan lima anak iaitu Cristiano Jr., Eva Maria, Mateo (pasangan kembar), serta dua puteri, Alana dan Bella.
Hubungan mereka semakin serius apabila Georgina mengumumkan pertunangan mereka di Instagram pada 11 Ogos lalu, lengkap dengan cincin pertunangan bernilai tinggi.
Kini, Ronaldo bukan sahaja menonjol di padang, tetapi juga dalam soal kekayaan.
Menurut Celebrity Net Worth, nilai kekayaannya telah melebihi RM4.22 bilion (AS$1 bilion), dengan gaji tahunan dari kontrak bersama Al-Nassr sahaja dianggarkan RM971 juta (AS$230 juta), belum termasuk pendapatan penajaan dan perniagaan global. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram