Kakak 'kering' hujung bulan, minta pinjam RM170, tapi adik bongsu murah hati beri RM1,000


  • Cinta
  • Jumaat, 22 Ogos 2025

Dalam berdepan situasi mendesak, keluarga adalah tempat utama meminta pertolongan. — Gambar hiasan/Janaan AI

HIDUP dengan gaji tetap tidak selalu menjamin hujung bulan yang tenang. Ada masanya, perbelanjaan meningkat kerana komitmen bulanan yang banyak.

Kadang-kala terpaksa berdepan bil yang banyak atau kecemasan yang datang tanpa dijangka.

Dalam keadaan begitu, keluarga sering menjadi tempat utama untuk meminta pertolongan.

BACA LAGI: Keikhlasan menggalas tanggungjawab berganda, suami wajib bayar upah jika isteri kenakan syarat waktu jaga mentua

BACA LAGI: Mahu jadi suara bagi komuniti fesyen tertindas, Haida Yusof tegas prinsip kritik bukan untuk jatuhkan sesiapa

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi di Threads bagaimana beliau melalui situasi sukar apabila perbelanjaan bulanannya melebihi gaji sehingga terpaksa menggunakan wang simpanan.

“Bulan ni perbelanjaan lebih dari gaji. Banyak sangat nak kena bayar. Sampai korek duit tabung," kata pemilik nama Khairun Nazihah itu.

Wanita berkenaan menjelaskan bahawa beliau akhirnya membuat keputusan untuk meminta pertolongan adik bongsunya dengan meminjam sedikit wang.

"Saya mesej adik lelaki bongsu saya untuk meminjam sedikit, bulan depan saya ganti. Saya minta pinjam RM170," kongsinya.

Namun, apa yang berlaku selepas itu benar-benar di luar jangkaannya.

Menurut beliau, adik bongsunya tidak hanya mengirim jumlah yang diminta, malah memberikan sejumlah wang yang lebih besar.

“Beliau bagi RM1,000. Ya ALLAH, sekarang ni saya menangis dalam kereta ak berhenti lagi air mata ini,” ujarnya dalam hantaran yang dibuat pada Khamis.

Dalam hantarannya juga, beliau tidak lupa menitipkan doa buat adik kesayangannya itu.

“Ya ALLAH kurniakanlah rezeki yang melimpah ruah buat adikku ini. Kurniakan beliau kesihatan tubuh badan, mental dan fizikal yang baik, dipermudahkan segala urusannya dan bahagia dunia akhirat,” tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram