
WALAUPUN terkenal dengan hidangan berlemak seperti croissant bermentega, coklat dan keju, wanita Perancis tetap kekal langsing.
Anehnya, mereka sama sekali tidak bergantung pada diet ketat atau kiraan kalori.
Baru-baru ini, dalam satu rancangan televisyen Australia, 60 minutes, seorang wanita Perancis mendedahkan bahawa rahsia utama mereka terletak pada cara menikmati makanan.
BACA LAGI: Individu nama pendek, ringkas cepat naik pangkat, buka banyak peluang, perlu bijak pilih nama anak
Berbeza dengan budaya makan yang terburu-buru, orang Perancis lebih gemar makan perlahan sambil benar-benar menghargai setiap suapan.
“Kami makan untuk keseronokan, guna semua deria. Bila makan perlahan dan tenang, lidah cepat puas, jadi tak perlu makan banyak,” katanya.
Makanan juga biasanya dihidangkan dalam jumlah kecil tetapi berperingkat.
Dari pembuka selera, ke hidangan utama dan pencuci mulut, tempo makan yang perlahan membuatkan tubuh cepat rasa kenyang walaupun kuantiti tidak banyak.
Tidak seperti negara lain yang obses memilih makanan rendah lemak, orang Perancis lebih percaya kepada rasa asli.
Mereka memilih roti segar, keju sebenar, mentega tulen dan coklat berkualiti.
“Makanan versi diet tak sedap. Mentega, coklat atau lemak itik bukan masalah, asalkan bukan dimakan berlebihan,” jelasnya lagi.
Di Perancis, waktu makan dianggap masa untuk bersosial. Mereka makan sambil berbual, santai tanpa tergesa-gesa.
Suasana itu membantu melambatkan tempo makan sekali gus mengelakkan tabiat makan berlebihan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram