Panduan solekan signatur ikut personaliti, ketahui 'look' terbaik anda mengikut penilaian psikologi MBTI


  • Gaya
  • Khamis, 21 Ogos 2025

Ujian MBTI banyak mendedahkan tentang personaliti anda, begitu juga dengan cara solekan

DARIPADA gaya full glam ke clean girl look yang segar dan minimalis, solekan ialah satu bentuk ekspresi diri yang menyeronokkan dan boleh disesuaikan mengikut perasaan anda.

Menariknya, cara anda bersolek juga banyak menceritakan tentang personaliti anda. Jadi kenapa tidak sesuaikan gaya solekan anda mengikut personaliti MBTI?

BACA LAGI: Ketahui personaliti anda wanita riang, pemalu, berkerjaya dengan 6 gaya galas beg tangan

BACA LAGI: Dekorasi kediaman cerminan personaliti, setiap elemen refleksi kecenderungan mental, emosi

Apa itu ujian MBTI?

Ujian Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) ialah soal selidik psikologi yang membantu anda memahami cara berfikir, membuat keputusan serta interaksi anda dengan dunia. Hasilnya, anda akan diberikan satu daripada 16 jenis personaliti.

Namun begitu, terdapat 12 jenis MBTI yang paling popular dan sering dibincangkan dalam konteks gaya hidup. Berdasarkan personaliti ini, berikut cadangan solekan yang boleh anda cuba untuk beri nafas baharu pada penampilan harian anda.

Solekan mengikut 12 jenis MBTI

1. ISTJ (Introverted, Sensing, Thinking, Judging)

Personaliti: Mahu kesempurnaan.

Solekan: Bedak asas matte dengan eyeliner kemas dan gincu nude. Gaya minimalis tetapi tahan lama, sesuai dengan sifat anda yang teratur.

2. ISFJ (Introversion, Sensing, Feeling, Judging)

Personaliti: Hati lembut, setia.

Solekan: Pemerah pipi lembut warna pic dan pembayang mata neutral. Memberi kesan lembut dan mesra, sama seperti sifat anda yang penyayang.

3. INFJ (Introversion, Intuition, Feeling, Judging)

Personaliti: Tenang, bercita-cita besar

Solekan: Asas efek 'dewy' dengan sentuhan highlight semula jadi. Tambahkan gincu warna beri untuk ton misteri yang elegan.

4. INTJ (Introversion, Intuition, Thinking, Judging)

Personaliti: Kalkulatif, suka merancang.

Solekan: Cat eye eyeliner tajam dengan bibir merah gelap, menonjolkan sisi yakin dan berwibawa anda.

5. ISTP (Introversion, Sensing, Thinking, Perceiving)

Personaliti: Praktikal.

Solekan: Ringkas dengan BB cream, maskara nipis dan tinted lip balm. Sesuai dengan gaya anda yang santai dan fleksibel.

6. ISFP (Introversion, Sensing, Feeling, Perceiving)

Personaliti: Romantik, kreatif.

Solekan: Eksperimen dengan pembayang mata rona pastel atau gincu warna koral. Gaya ini menyerlahkan jiwa seni anda.

7. INFP (Introverted, Intuitive, Feeling, Perceiving)

Personaliti: Idealistik.

Solekan: Soft glam dengan warna-warna lembut seperti lavender atau ros. Hasilnya tampak 'dreamy' dan puitis.

8. INTP (Introversion, Intuition, Thinking, Perceiving)

Personaliti: Inovatif, analitik.

Solekan: Pilihan ringkas seperti wajah monokrom. Gabungkan pembayang mata, pemerah pipi dan gincu dalam satu tona. Praktikal tetapi unik.

9. ESTP (Outgoing, Energetic, Action-oriented)

Personaliti: Berani, bertenaga.

Solekan: Wajah berseri dengan eyeliner berwarna atau glitter. Sesuai untuk personaliti yang penuh tenaga dan suka jadi tumpuan.

10. ESFP (Outgoing, Energetic, Spontaneous)

Personaliti: Spontan, riang.

Solekan: Highlighter terang, bold lashes dan gincu merah menyala. Anda suka menyerlah, jadi solekan dramatik adalah pasangan sempurna.

11. ENFP (Extraverted, Intuitive, Feeling, Prospecting)

Personaliti: Ceria, positif.

Solekan: Gabungan warna-warna cerah seperti sunset eyeshadow. Penampilan anda melambangkan semangat spontan dan kreatif.

12. ENTJ (Extraversion, Intuition, Thinking, Judging)

Personaliti: Dominan, ketua.

Solekan: Smokey eyes digabungkan dengan bibir nude. Penampilan yang kuat tetapi profesional, sama seperti aura kepimpinan anda.

Solekan berinspirasi MBTI ini hanyalah eksperimen yang menyeronokkan. Jika gaya solekan pilihan anda tidak sepadan dengan personaliti MBTI, itu bukan masalah. Fesyen dan kecantikan tiada peraturan tertentu kerana ia adalah mengenai keyakinan diri dan bagaimana anda mahu menampilkan diri kepada dunia.

Jadi, sama ada anda seorang INFJ yang suka gaya misteri atau ESFP yang gemar menonjol, cubalah bermain dengan palet warna, tekstur dan gaya baharu. Siapa tahu, anda mungkin menemui signature look yang benar-benar menggambarkan siapa diri anda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram