
BUAT penggemar solekan, pastinya mekap tidak lengkap tanpa penggunaan setting spray (semburan penetap solekan) dan fixing spray (semburan pengunci solekan).
Namun, ramai pengguna produk solekan khususnya para gadis masih keliru tentang perbezaan antara kedua-dua semburan.
Walaupun kedua-duanya disembur pada wajah dengan tujuan untuk mendapatkan hasil solekan yang cantik, namun dua produk tersebut memberi kesan yang berbeza.
Semburan penetap solekan berperanan untuk menyatukan semua lapisan produk solekan, tampak lebih segar dan halus tanpa bercapuk. Ia juga memberi kesan solekan kelihatan lebih semula jadi atau glowing bergantung kepada jenis kulit.
BACA LAGI: Julang nama Malaysia, si cilik dari Sarawak dinobatkan Royal Grand Winner WJTA 2025
Manakala semburan pengunci solekan berfungsi untuk 'mengunci' solekan agar tahan lebih lama dan tahan peluh. Kebiasaannya, semburan ini mengandungi bahan 'film-foaming' yang mengekalkan solekan di kedudukannya.
Ringkasnya,semburan penetap solekan lebih kepada hasil akhir setiap lapisan produk dan semburan pengunci solekan pula untuk ketahanan.
Oleh itu, jika anda mahukan solekan tahan lebih lama dan tampak lebih halus, gunakan semburan pengunci solekan selepas selesai bersolek.
Buat anda yang baru sahaja ingin mencuba bersolek, berikut Majoriti senaraikan pilihan semburan pengunci solekan yang boleh didapati di farmasi.
Antara setting spray paling digemari adalah dari jenama Essence, IN2IT dan Dermacol.
1. Essence 18h Long-lasting Make-up Fixing Spray, RM26.50
Keluaran terbaharu daripada Essence sempena musim bunga/panas 2025 menawarkan pengalaman multisensori yang mencuit segala deria dengan gabungan produk penjagaan kulit.
Semburan pengunci solekan mereka menjanjikan ketahanan selama 18 jam dan sesuai untuk wanita yang aktif sepanjang hari.
2. In2It Blur & Matte Mineral Makeup Fix Spray, RM17.90
Selain ‘mengunci’ solekan sepanjang hari sambil memulihkan kelembapan semula jadi kulit, ia juga menegangkan kulit, mengecilkan liang pori, mengawal minyak dan memberi kemasan matte.
3. Dermacol Longwear Make-up Fixing Spray, RM29.90
Semburan pengunci solekan daripada Dermacol menjadikan solekan anda akan kelihatan segar dan sempurna sepanjang hari, sambil melindungi kulit daripada kesan persekitaran.
Selain itu, solekan tidak lengkap tanpa gincu yang menambah seri pada wajah.
Untuk kemasan bibir yang menyerlah, gincu keluaran terbaharu dari Essense, Glossy Glaze High Shine Lipstick (RM22.70) pula menawarkan tekstur berkilat yang tidak melekit, menjadikan ia pilihan ramai pencinta gaya bibir segar dan berkilau. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram