Berhias, mekap bukan ukuran cantik, berikut cara kenal pasti wanita jenis pembersih atau tidak


  • Cinta
  • Rabu, 09 Jul 2025

Wanita yang pembersih akan memastikan barang peribadinya terurus, bebas bau dan tidak berselerak.

PENAMPILAN luaran sering menjadi tumpuan utama untuk menilai kecantikan seseorang wanita. 

Namun, menurut satu perkongsian oleh pengguna media sosial, Rahsiacintasejati, solekan sempurna bukanlah ukuran sebenar keperibadian atau tahap kebersihan seseorang wanita.

Sebaliknya, terdapat lima tanda yang lebih tepat untuk menilai sama ada seseorang wanita benar-benar mementingkan kebersihan iaitu satu ciri yang dianggap ‘rarest species’ pada masa kini. 

BACA LAGI: Bila waktu sesuai kenalkan anak dengan pasangan baharu selepas bercerai? Ini perkongsian berdasarkan pengalaman nyata

BACA LAGI: 'Awak ibu hebat', suami puji isteri cekal asuh 9 anak susuan, reda serah bayi kepada keluarga kandung

Berikut lima tanda wanita pembersih:

1. Kuku pendek, bersih

Wanita yang menjaga kebersihan tidak memerlukan kuku palsu untuk kelihatan anggun. 

Kuku yang dipotong pendek dan bersih sudah memadai untuk mencerminkan tahap kebersihan diri.

2. Kasut bebas debu, sentiasa terjaga

Kasut yang bersih menunjukkan seseorang itu bukan sahaja menjaga diri, tetapi juga peka terhadap persekitaran.

Ia juga petanda dia menghargai kebersihan dalam setiap aspek kehidupan.

3. Beg tangan tidak berbau pelik

Walaupun aksesori seperti beg tangan tidak diperiksa orang lain, wanita yang pembersih akan memastikan barang peribadinya terurus, bebas bau dan tidak berselerak.

4. Bilik tidur bukan stor simpan tekanan

Bilik tidur seseorang boleh menjadi gambaran keadaan mental dan emosinya. 

Wanita yang tersusun selalunya lebih tenang dan matang dalam mengurus emosi.

5. Tandas rumah bersih, terjaga

Tandas sering menjadi cerminan sebenar tahap kebersihan individu.

Rumah sentiasa bersih, wangi dan tersusun menjadi petanda wanita tersebut teliti, bertanggungjawab dan prihatin terhadap keselesaan penghuni rumah.

Kebersihan tandas juga melambangkan rasa hormat terhadap diri dan orang sekeliling.

Selain kebersihan fizikal, keperibadian dan nilai dalaman turut memainkan peranan penting dalam membina rumah tangga yang stabil. 

Dalam Islam, kebersihan bukan hanya terbatas kepada tubuh badan tetapi meliputi hati, niat dan tutur kata.

“Sesungguhnya ALLAH itu bersih dan sukakan kebersihan.” [Riwayat Muslim] — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram