
DUNIA kecantikan kini semakin canggih dengan pelbagai inovasi teknologi. Jika sebelum ini rawatan wajah hanya boleh dilakukan di spa atau klinik estetik, kini sesi penjagaan boleh dibuat sendiri di rumah menggunakan gajet moden.
Daripada mengurangkan garis halus hingga menanggalkan bulu, setiap peranti direka untuk memberikan pengalaman setaraf rawatan profesional.
Berikut tujuh gajet kecantikan bertaraf lima bintang yang wajib anda cuba dan boleh didapati di pusat sehenti kecantikan Sephora terdekat anda:
BACA LAGI: Gaji selalu tak cukup, cuba praktik formula '40-30-20-10', elak boros berbelanja
1. Gua Sha LED – Mount Lai (RM742)
Gua Sha bukan lagi sekadar batu tradisional untuk urutan wajah. Vitality Qi Collection LED Therapy Gua Sha Device menggabungkan teknologi cahaya dengan batu jed putih untuk meningkatkan keanjalan kulit.
Hanya gunakan 10 hingga 20 minit setiap hari, kesan jangka panjang seperti wajah lebih tegang dan berseri akan kelihatan dengan penggunaan konsisten.
2. Kikis noda muka – Deepcare Flash Facial Spatula Skin Inc (RM460)
Alat ini membantu membersihkan kotoran degil, sisa solekan dan sel kulit mati dengan lebih mendalam. Sebelum digunakan, ia perlu dicas selama dua jam.
Pengguna boleh memilih tetapan mengikut keperluan kulit. Selepas setiap sesi, spatula dibersihkan dengan kapas atau kain lembut. Lampu indikator juga memudahkan anda memantau tahap kuasa bateri.
3. Topeng anti kedutan - Spectralite Faceware Pro Dr. Dennis Gross (RM2,350)
Dikenali sebagai salah satu peranti paling berkesan melawan tanda penuaan, topeng LED ini hanya memerlukan tiga minit penggunaan.
Letakkan pada wajah selepas membersih, pilih cahaya rawatan yang sesuai dan biarkan ia bekerja secara automatik.
Ia membantu mengurangkan kedutan, menegangkan kulit serta memberi kesan lebih baik apabila diikuti dengan serum atau pelembap.
4. Peranti buang bulu – Peach™ 2 Go IPL Hair Removal Device Foreo (RM1,740)
Tidak perlu lagi berulang-alik ke pusat rawatan kerana peranti ini membolehkan rawatan Intense Pulsed Light (IPL)dilakukan di rumah.
Selepas mencukur Kawasan yang ingin dirawat, sapukan cooling gel sebelum menggunakan peranti mengikut intensiti pilhan.
Mod gelongsor sesuai untuk kawasan besar seperti kaki, manakala mod tekan-lepas berkesan untuk bahagian kecil. Penggunaan berterusan mampu menghasilkan kulit licin tanpa bulu dalam jangka masa panjang.
5. Stim muka - Drx Pro Facial Steamer Dr. Dennis Gross (RM1,350)
Peranti muka ini memberi pengalaman seakan rawatan spa di rumah. Ia berfungsi membuka liang pori, melembabkan kulit, membantu penyerapan produk penjagaan.
Hanya perlu mengisi tangki dengan air bersih, pilih tetapan panas atau sederhana, dan lakukan sesi stim sehingga 15 minit. Selepas rawatan, kulit lebih segar dan bersedia menerima serum serta pelembap.
6. Microdermabrasion - Kiwi Derma Diamond Microdermabrasion & Pore Vacuum Device (RM890)
Peranti ini menawarkan dua fungsi dalam satu, iaitu pengelupasan dan penyedutan pori. Selepas wajah dibersihkan, pasang kepala pilihan dan laraskan tahap sedutan.
Gerakkan peranti secara perlahan ke atas kulit sambal menegangkannya untuk hasil lebih sekata. Penggunaan tetap membantu mengurangkan bintik hitam dan menjadikan kulit lebih halus serta cerah.
7. Peranti pencuci muka - Powerglow 3-In-1 Microcurrent-LED Device Glowgear (RM860)
Ini antara gajet paling versatil dengan tiga fungsi utama: mikroarus, urutan dan cahaya LED.
Kepala peranti boleh ditukar mengikut keperluan sama ada untuk wajah, kawasan mata atau rawatan cahaya pelbagai warna.
Penggunaannya membantu meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan kusam dan memberi kesan lebih segar pada wajah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram