'Jadi diri sendiri, baru keyakinan terserlah', Dayang Norfaizah anggap penerimaan kulit sawo matang langkah positif dalam dunia fesyen


  • Gaya
  • Rabu, 13 Ogos 2025

Dayang dilantik sebagai duta rasmi Amber Eksklusif Casual Wear bagi koleksi premium Somewhere Somehow Someone. 

DALAM industri fesyen yang sekian lama dibayangi standard bahawa kulit cerah itu cantik, Dayang Nurfaizah melihat angin perubahan mula bertiup.

Industri fesyen dan kecantikan hari ini lebih inklusif, lantas kulit sawo matang kini tidak lagi dipandang sebelah mata.

Penyanyi lagu Di Pintu Syurga itu menganggapnya sebagai langkah positif dalam memecahkan stereotaip kecantikan masa kini.

“Saya rasa orang dah mula menerima dan itu perkembangan yang baik pada 2025. Walaupun masih ada yang bersikap negatif, yang penting adalah kita jadi diri sendiri,” katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] Busana putih, solekan natural serlah seri pengantin 'puteri' kesayangan Tiara Jacquelina

BACA LAGI: [VIDEO] Suami hadiahkan Paris Hilton pesawat Gulfstream G450 Sliv Air tema merah jambu, ada pawagam 4K, sain ‘Paris xoxo’

Dayang sendiri merupakan bukti bahawa kecantikan tidak terhad kepada tona kulit cerah. 

Dengan pesona dan keyakinan yang dimilikinya, penyanyi berkulit sawo matang itu terus menjadi pilihan pereka fesyen untuk menggayakan rekaan baharu.

"Bila awak jadi diri sendiri, kita akan nampak lebih berkeyakinan," katanya. 

Bercerita tentang gaya, Dayang menganggap dirinya lebih biasa tampil dengan penampilan yang sederhana.

“Hari ini saya pilih gaya kasual. Tetapi yang semua tahu, saya seorang yang sukakan sesuatu yang simple,” katanya.

Terbaharu, Dayang dilantik sebagai duta rasmi Amber Eksklusif Casual Wear bagi koleksi premium Somewhere Somehow Someone. 

Koleksi itu direka khas untuk golongan yang mengutamakan fesyen kasual berprestij, menggabungkan rekaan moden kontemporari, fabrik premium dan kemasan eksklusif yang memancarkan aura elegan selari dengan imej Dayang yang sederhana namun berkelas.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram