Noor Nabila dedah kos rawatan kulit wajah cecah RM140,000, cantik tanpa mekap juga perlu keluar modal


  • Gaya
  • Ahad, 17 Ogos 2025

Noor Nabila mendedahkan berhabis dalam RM140,000 setahun untuk rawatan kulit.

SELALU disangka wajah cantik berseri tanpa mekap datang secara semula jadi, namun pendedahan usahawan popular Noor Nabila membuktikan sebaliknya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, kakak kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa berkongsi rahsia di sebalik kulit wajah kekal mulus dan tidak perlu bergantung pada solekan rupa-rupanya turut memerlukan pelaburan rawatan estetik hingga mencecah ratusan ribu setahun.

Ini membuktikan bahawa kelihatan cantik secara semula jadi memerlukan penjagaan kulit yang intensif.

BACA LAGI: Anak tak fasih cakap Melayu? Wanita ini bangga ajar anak berbahasa Malaysia setiap hari walaupun tinggal di Dubai

BACA LAGI: 'Tak semua anak yang anxious, kelam kabut, tak reti duduk diam itu ADHD', pakar optometris dedah masalah sebenar anak 9 tahun ini

Antara rawatan yang disebut Noor Nabila termasuk Ultherapy, Emface, Exion, Titanium, Profhilo, Pico, Skin Boosters dan rawatan laser.

“Pelaburan tahunan: RM140,000 atau mungkin lebih. Return on investment (ROI) : Confidence you can’t buy in a bottle,” tulisnya sambil berterima kasih kepada klinik estetik yang membantu rawatan kulit wajahnya.

Kenyataan ibu kepada seorang cahaya mata itu mencetuskan perbincangan di media sosial apabila seorang pengguna, Nurul Shazwanne Aziz memuat naik semula hantaran tersebut di laman Threads dengan memerli persepsi sesetengah golongan lelaki.

“Sesetengah lelaki selalu cakap saya suka perempuan natural tak mekap tebal. Harga nak dapat natural look, RM140,000 setahun,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Vicky Ingrid mengakui kos rawatan kulit memerlukan perbelanjaan yang besar. 

"Rawatan seperti Pico dan Juvelook sahaja menelan belanja RM8,350 untuk tiga sesi," katanya. 

Seorang lagi pengguna, Jamilla Qhaireen pula berpendapat kecantikan tidak berkait dengan paras rupa semata-mata, sebaliknya bergantung kepada kemampuan.

“Kita bukan tak cantik, cuma tidak cukup duit," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram